Sunday, November 30, 2008

Aku tak nak gergaji. tapi aku nak mesin rumput sbab aku nak tebas mulut bapak ko.

haihh..

aku rasa kalo la org tua dlm cita Saw mmg wujud kat dunia ni[ke mmg ade..cume ak je x tau]
mmg aku lah peserta pertama diseksa zahir & batin dgn kejam psiko sungguh org tua itu,
sumpah! aku skrang tak leh berenti merungut,
bosannn.that's the word!
nak update blog pun aku rasa aku sendiri baca pun bosan.
tp update jugak sbab blog aku mmg bosan zahirnya kan.

haihhh...

aku rasa aku da mmg kena sampuk ngan hantu bosan kot skrang.hantu bosan yg suka merepek dari kubur Semalau.
tgk, aku dah mula merepek skrang.
dan lagi sadis keadaan skrang ni adlh disbabkan aku tak dpt tgk movie Twilight pun lagi.
Bongek. Bongek.
Asal la Sarikei takda pawagam. Belawai???? aku rasa aku berjanggut dan bulu ketiak Iyba memanjang macam rambut Aishwarya Rai dlm cita Devdas pun belum tentu lagi ada.

haihhh....

p/s:menambahkan lagi perasa kebosanan skrang ni bila aku ingat kan aku kat sini aman, tp kan bila cita tak sedap mcm mee sedap sampai kat telinga aku ni..mmg haihhh la...dahla. kedajalan ko dan keturunan ko sejak 3 tahun lepas gila mencabar keimanan aku.aku tak larat weh. sangat. tak larat dah nak gelak. hahahahahahahahhahaha*sampai ko mati*

Tuesday, November 25, 2008

home sweet home.

GHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.

NYUMNYUMNYUMNYUMNYUMNYUM.

WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.

HIHIHIHIHIIHHIHIHIHIHIHIIHI.

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.

ARHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

LALALALALALALALALALALAALALALALALALALA.

aku lumpuh,
lumpuh depan tv.
aku pekak,
denga suara monster, Izat.
aku sedamg membaja,
membaja badan.
:))

pstt: sumpah! dah tak tau nak tulis apa da. okay. bai.nak jogging.[wah!!!!o_0]

Thursday, November 20, 2008

Oh! Lagi sorang semakin tua...

Hmmm...
Aku ada "bapa tiri",
BUKAN!! UKAI!! MAI!!! & A BIG NOO!!!
dia tidak pernah berkahwin, dgn mak saya jauh sekali,
dia "bapak tiri" yg kejam tapi jujur gila. serius tapi baik hati.
okay, cukup! nanti ada org yg terkembang bontot lepas ni.

tp yg penting,

"bapak tiri" yg sentiasa ada semasa susah dan senang.

****************

Pesanan untuk seorang bakal jurutera, BEY;

Sila lihat cermin, nescaya kedut di muka anda semakin bertambah.

Kan?

Selamat Hari Lahir.

Hadiah??

Ih lah.
Special x?
:)

May God Bless U.

p/s: matik kn labik ck bruk bik present. present dun raon tg taman tasek ngah Pow skali. hahaha. sungguh classy.

Wednesday, November 19, 2008

Kelesuan, ketidaksabaran, ke..ke..ikan kekek mak iloi2

walaupun makna nama aku adalah cahaya keadilan...


walaupun Pilihanraya lepas Parti Keadilan Rakyat menang...


walaupun Adel dalam sinetron Anakku Bukan Anakku denga cite akhirnya insaf...


walaupun Dato' Fadhilah Kamsah a....a...___________ *sila isi tempat kosong* ...


walaupun Nas Adela dah jadi tunang cucu sultan skrang...


walaupun Adi-l dlm Kami the Movie tu adalah sepupu Sazzy Falak...


walaupun Adilsendra Ambrosio still hot even dah jadi mak...


walaupun Adilah Noor nyanyi lagu Teristemewa best la jugak...



walaupun burgadil makcik senah sedap dimakan...


aku masih rasa yg idop ni sungguh tidak adil!

Sgt2 tidak adil!

kenapa?

kenapa??

kenapa????

kenapa woi????

HUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA


kenapa selalu macam ni?????


kenapa???????????????????


KENAPA EXAM AKU HABIS LAMBAT DARIPADA ORG SEKELILING AKU?????
INI TIDAK ADIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ini boleh mendatangkan kemarahan. grrrrr. :\


isk. isk. jumaat ni paper last aku. Yarobi! apa aku buat skrang ni. dah la. bai. nak g study.

p/s: Bey! jgn blagak! taau la kan da majih! hihihii. Kan Iyba! Apun kau sabtu ih..

Sunday, November 16, 2008

Ouchh.

Aku ada berita buruk lah weh.
Cerita dia start begini,

Semalam, kat pasar malam di pekan cowboy aku beli nasik lemak sambal kerang. Memang very the tip top la nasi lemak ni. Ni aku nak bagitau satu rahsia, salah satu yg benda yg buat aku survive di cowboy town ini adalah nasik lemak makcik ni la. Tiada dimana-mana. Sarawak pun takda tau Nyum. Nyum. Ok. Selain nasi lemak class A ni, cendawan goreng yg dijual sorang mak cik ni juga salah satu lifesaver aku . Jadi, dua item ni memang menyelamatkan weekend aku sepanjang di Pekan Cowboy ni. Hmmm. Belum, belum, ni bukan berita buruk yang aku maksudkan. Ni berita gembira la kek.

Seterusnya, lepas aku habis melahap 2 item yang berharga ni, tetiba aku rasa aku macam tak sedap badan. Aku rasa macam aku mengalami simptom demam. Aku takut tragedi masa bulan puasa berulang, aku ni macam consumer dadah gemilang tau time tu, pasal aku telah telan Panadol berapa biji pun aku tak ingat tambah lagi ngan berapa biji & liter ubat batuk aku bedal pun aku tak tahu. Haihhh. Demam punya pasal. Aku merumuskan mungkin aku terdedah pada hujan semasa di pasar malam sebelum tu yang menyebabkan keadaan aku macam tu. Aku teringat mak aku cakap, kalau kena hujan kena cepat-cepat mandi. Memandangkan aku sedar diri yang antibodi aku agak lemah*ada org cakap kalau siapa yg bkulit cerah ni antibodinya lemah, hihi. Aku cerah lah kan??<----statement perasan kali ke 100* . Jadi, aku cepat-cepat mandi.. Hmmm..Tu bukan berita buruk yang aku nak sampaikan, sesungguhnya itu adalah tips kesihatan dowh.


Lepas siap mandi dan telan panadol aku pun rasa lebih lega! Syukran. Syukran. Aku masih sihat. Tapi nampaknya rasa lega tu tidak berpanjangan kerana tiba-tiba aku rasa kondisi gusi aku tidak seperti biasa. Rasa macam berketul-ketul. Risau juga mulanya, tapi aku abaikan. Janji tidak mengganggu selera makan aku, sudah! Tapi nampaknya sangkaan aku meleset kerana semasa aku berhajat nak menghabiskan semangkuk bihun tomyam tadi, aku rasa gusi aku telalu sakit. Gusi di bahagian gigi geraham aku telah membengkak. Nak telan air liur pun sakit dowh! Kemudian aku telah bertanya pendapat orang-orang yang pakar termasuk mak aku sendiri. Orang-orang yang pakar ini sependapat menyatakan aku sebenarnya mengalami simptom biasa yang dialami oleh orang-orang yang akan tumbuh gigi geraham. Gigi geraham terakhir. Maksudnya, aku dah besar & matang lah tu. >.<. Jap, jgn ingat berita buruk yang aku nak sampaikan adalah benda ni. Bukan. Tentu sekali bukan. Berita buruk yang aku maksudkan adalah pertumbuhan gigi geraham aku ni menandakan aku tak kan meninggi lagi.

YUP! Aku tidakkan menjadi lebih tinggi lagi! Ketinggian aku hanya sampai di sini~

Hua. Hua.Teori ni orang-orang yang pakar ni yang cakap. Tak tau betul ke tak. Harap tak. Aku sekadar ingin berkongsi. Jadi, tahniah aku ucapkan kepada sesiapa yang meyumbangkan masa mereka membaca entri aku yang agak panjang kali ni. Peace!

p/s: Kan lagi best kalau teori ni menyatakan, sesiapa yang mengalami pertumbuhan gigi geraham terakhir ni tidak akan mengalami penambahan berat badan lagi. :P

Saturday, November 15, 2008

Boredom 2: Remeh-temeh ka?

Tadi, selepas melihat satu gambar ni, *utk melihat gambar tersebut,klik di sini* aku dapati aku kini lebih banyak menggunakan otak kanan. Hmm..
Sebenarnya, aku pernah juga melakukan perkara yang sama membabitkan otak aku ni cuma caranya tidak sama dan yang pasti ia tidak akan menggiurkan lelaki seperti kaedah yang aku cuba tadi.
The main point aku di entri ni, keputusannya telah berubah. Aku telah berubah. Maksud aku berbanding kaedah-kaedah lain yang aku cuba sebelum ini, semuanya memberikan kemenangan kepada otak kiri aku.
Tapi untuk kali ni, lain.
Aku tak pasti, mungkin kaedah-kaedah yang aku gunakan sebelum ni kurang praktikal kot atau pun mungkin kerana kita semakin tua kita kan semakin sensitif. Jadi, kita kurang menggunakan otak kiri @ vice versa. Entah lah. Terasa semakin bodoh pulak bila aku nyatakan hipotesis macam tu.
Tapi, aku memang terasa sejak kebelakangan ni aku lebih suka membelek buku yang berjela-jela ayatnya berbanding membuka buku teks yang ada angka di dalamnya walau pun hanya nipis muka suratnya . Ke sebenarnya aku memang dari dulu aku suka mencampak buku-buku yang ada angka-angka ni atau semua buku aku campak lah kesimpulannya dan lebih suka membelek komik-komik bergambar. Banyak betul kemungkinan. Ah! Abaikan.
Cuma aku risau kerana keputusan ni menjadi salah satu sebab semangat aku untuk bermain dengan nombor Jumaat nanti semakin pudar. Kan ada orang cakap kalau main takde semangat, tak seronok, senang kalah. Aku tak nak kalah. Aku nak main tapi bukannya nya dengan nombor-nombor yang freaky tu.
OMG. Tolonglah hamba –Mu ini.
Ok. Better aku stop merepek & mencari alasan bangang. Esok da Ahad. Pastu Senin, pastu Selasa. Semester’s break countdown. Lagi seronok kalau aku start packing sekarang! Takde sapa yang kalah lak tu.
Zasss!!!


Thursday, November 13, 2008

mirror, mirror on the wall.....

Cuba bayangkan apa akan jadi pada Hilton-Hilton ni,



kalau tengok cermin macam ni setiap hari,

aku ambik gambar cermin ni dari sini

Akibat tidak dapat menerima hakikat palsu, bayangkan, semakin hari mereka akan semakin skinny.


Kalau cermin ni sememangnya memantulkan imej yang sebaliknya,
Cuba bayangkan kalau aku pulak yang berdiri depan cermin ni setiap hari,


Apa yang akan jadi pada aku???????????


Akibat seronok menerima hakikat palsu, bayangkan semakin hari aku akan semakin........
Oh! Tak sanggup aku bayangkan.
&
Jangan sesekali berani bayangkan pun!
Skeri tau . Tsk. Tsk

Sunday, November 9, 2008

Pemikiran Strategik dan Inovatif

Keunikan otak:

  • Otak adalah organ pertama dijadikan apabila janin terjadi
  • Pembinaan otak bermula dari hari keenam dalam kandungan ibu
  • Otak dianggap the unique competencies of the human-kehebatan manusia yang unik
  • 2% daripada berat badan

*********************

Pagi tadi, tengah-tengah aku nyenyak tido. Tetiba aku punya telefon bunyik, aku dapat teks daripada BFF aku yg satu ni, B.


“Weh, aku nak mintak number B²!”

“Huhhhh??” .Aku berkata dlm hati.

Bukan apa aku berfikiran begitu pada mulanya, cuma pelik. B & B² ni kalau tidak silap aku sering bergosip. Menerusi YM. Lagi pun, aku rasa pernah aku suruh B² ni berteks ngan B pasal telefon aku tak boleh call out. Takkan nak ngorat kot. Ke?

Namun, disebabkan motif utama B mintak num B² ni adalah none of my business, dengan rasa penuh annoying aku foward la jugak number B² sekali dengan ayat ni;

“Parab! Mana la ko letak number die selama ni??”

Kemudian aku sambung tido.

1 minit kemudian atau mungkin kurang, telefon aku berbunyi lagi. Aku dapat teks dari B lagi;

“Hai, kau tahu tak maksud sewel & bukang????????*maaf aku tak tahu lah word 'bukang' dalam BM, tp yg pasti agk carut jugak la*, aku mintak number B²!!!!!!!!!!!! , yang kau hantar number aku sendiri tu kenapa??????? Aku tahu laaaa number aku sendiri”.

p/s: Weh, tak-lama-lagi-jadi-birthday-boy! Aku bukannya sewel & bukang. Cuma keunikan otak aku musim exam ni. Please forgive my unique competencies........ :)

Saturday, November 8, 2008

Boredom




"Chocolate + Milk = Brilliant"


P/S: Ohhh~ baru aku tahu.

Friday, November 7, 2008

Agak2 Vampire wujud tak??

Bila last skali aku tgk movie vampire huh??
*Spt biasa, aku yg tanye, aku sendiri yg jawab* Raya lepas?? Eh, tu bkn cite vampire, tu cite pasal zombie. Zombie melayu. Maksud aku Zombie Kg. Pisang la tu.

Sekarang ni aku cam mengidam plak nak tgk movie vampire, ni mesti pembawakan exam ni. Kan??
Hmmm..
Tp aku berhajat besar nak tgk cita Vampire ni,

Agak2 best tak ah?? Aku tak idea lansung sbab aku tak pernah baca & tgk pun kewujudan siri buku ni.
Hmm. Takut pulak terulang tragedi Max Payne hari tu.
Tp alih2 aku rasa cam best kot kan, sebab Paramore yg nyanyi soundtrack movie ni.

Jadi, jom tgk wayang!

P/s; Aku jatuh cinta ngan lagu Decode la & aku jugak berhajat nk tgk cita Muallaf nanti2. Cam best je.

Wednesday, November 5, 2008

Trip yg terpahat diingatan & it's Tanjung Rambutan baby!

Aku rasa entri aku kali ni lebih feel kalau baca sambil perdengarkan lagu Say (All I need) by One Republic. Lagu tema sinetron Hikmah pun ok jugak. Kalau tak nak pon tak pe. Tak mati pon.

Hmm...Tak tahu la kenapa aku tetiba nak post entri ini.

Tp aku nak post jugak. Berkongsi pengalaman pertama kali aku pergi rumah kebajikan.*aku kejakunan*. Bak kata mat saleh sharing is caring.

Ok. Lebih baik aku jujur saja. Senang cerita. Yang sebenarnya....

Aku rasa bersalah.

Pasal rasa yg tak best ni la aku tiba gatal tgn nk post 2nd entry hari ni. Seriously, aku tak pernah rasa bersalah macam ni, sgt lain tho yg ni. Selain rasa bersalah ngan diri sendiri pasal benda2 bodoh yg selalu aku buat, aku jugak selalu rasa bersalah ngan mak aku pasal result exam2 aku etc, rasa bersalah ngan BFF aku konon janji nak buat trip pegi Sabah dan banyak lagi la~ Tapi utk kes rasa bersalah aku yg ni completely lain. Aku macam diseru2. *Feel2 drama seram melayu pulak aku skrang ni*. Rasa bersalah yg aku maksudkan adalah rasa bersalah pada sekumpulan orang. Orang yang cool. Sangat menghantui kehidupan aku la rasa bersalah ni kesimpulannya. Mungkin sebab org2 yg terlibat selalu ingat aku kot. *statement perasan sekali lagi* . Hmmmm....

Dipendekkan cerita macam ni la;

Masa aku ikot trip pegi Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan hari tu*utk kerja sekolah sebnrnya*, aku telah buat perjanjian dengan cool a.k.a gorgeous people yakni penghuni2 rumah tu la. yg kiteorang akan dtg lagi kesitu melawat & lepak2 ngan dieorang tetapi sehingga saat aku type ni nak jejakkan kaki kat Ipoh pun tak pernah lagi since yg last sekali aku pegi Ipoh masa trip tu jela. Pastu aku janji nak hantar gambar yg aku tangkap sama2 ngan dieorg lepas aku siap cuci dan obviously aku tak hantar lagi pun. Even cuci gambar2 tu pun belom lagi.
W/pun ak bkn melayu tp aku punya janji menunjukkan yg sebaliknya.
Hmm.. Bagi mengurangkan sedikit rasa bersalah yg aku rasa berat macam batu yg sgttt besar atas kepala aku ni apa kata aku upload la gambar2 ni sebagai tatapan mata semua org. Kalau sudi la~;

Happy faces. Rindu gila dieorg.




Deeper conversation.



Say peace...


Kami suka peace. Kamu??



Aku panggil uncle ni Uncle Super Mario sebab muka dia sebijik mcm Super Mario. Health freak Super mario. Siap bagi pesanan penaja masa ni ”eat more vege, fruits bla bla” & he brought along bananas for us. So sweet.

Beside the happy part I experienced there;










Pernah tak terfikir yg kita akan habiskan sisa-sisa hidup kita kt tmpat macam ni?? Dan Pernah tak terfikir nak hantar orang2 yang kita sayang ke tempat macam ni?? Tepuk dada tanya selera.




Aku bet sign yang dia tunjuk tak sama yg ada dalam hati dia.


Dah. Malas nak uplod tp sebelum line internet ni terputus lagi, I’ll tell u what, kebanyakan dieorang kat sini dihantar oleh anak-anak dieorg yg ada karier yg bagus cam lawyer, doctor etc. Nauzubillah. Even V.I.P pon ada. *kalau aku mention nama ni mesti semua org kenal, tp I'm not gonna tell u* Seriously!!!! Aku tak ada hak so aku tak tahu nak komen apa. Plus, we shudn’t judge others suka ati. Kan?Apa yg aku boleh cakap pengalaman ni telah tukar aku punya perspektif macammana melihat dunia. Totally.
Erkhhh. >.<
Kalau aku terangkan pon macamla org lain paham. Tak nak pun kan?? Kan????
...........................................................
Hmmm. Lega sikit da & it killed my boredom too.Hahahaha. & now I miss my mak aji.
Jadi, sesape nk buat trip pegi Ipoh ke, Tanjung Rambutan ke, aku nak ikot!!!
Renung2 kan dan selamat beramal.
Ok. Da. Aku stop merepek da. Bai.

p/s : Kalau la dieorang boleh baca blog...kan best!kan?? & kalau dieorang boleh la bace kan, last skali aku akan letak ni;

Lots of love,

Pengakuan/Ramble sempena peperiksaan akhir.



“I rather being paranoid while breakin’ the silence of the lamb instead of being psycho as the mother-effect of reversing that edu. psychology.”

*sigh*

Tuesday, November 4, 2008

my super energetic ma'am

Today is someone's birthday.

Someone who's special & no one can replace her place in my heart. Ever. Never.

And It’s my mother’s 56th birthday.This is my favaurite angle of my mum because it's shows her enthusiasm & coolest side while doin’ something. (sempat~she's sewing my bag or something..i can't recall)

“Happy Birthday, Mak!
Love u muchly!”


Join me to wish her a great year ahead..

Monday, November 3, 2008

Pathetic Cinderella! Am I???


Aku rasa aku cinderella la skrang. *Statement sungguh perasan.*
>.<
Hmmm.
Bukan.Bukan. Bukan.
Bukan sebab aku jumpa putera negara mana ke apa.
Sebab aku ada naik kereta labu pun bukan.
Ke sebab esok aku exam??? Mungkin.
Kalau aku ada mak tiri yg mendera aku jauh sekali.

Ok. Cerita dia macam ni,


Hari tu, aku g sogo. Dalam hati aku nak beli kasut. Hmmm. Kasut! Kalo sape kenal btol aku, mesti tau aku ni mcm allergic shopping kasut. Sejak aku kecik lagi. Tau tak sebab apa?? Sebab kaki aku besar. *wah!soklan sendiri jawab sendiri*. Saiz kaki aku macam tak layak je dengan umur aku. Masa kecik2 dulu la. Sekarang aku rasa saiz kaki aku ok kot. Sesuai ngan umur aku sekarang. Besar! Jadi saiz kaki pun besar. HUHUHU.

Bebalik pada topic,

Aku perlukan kasut sekarang. Sebab aku tak de kasut yg sesuai yg aku boleh bawak masuk dalam dewan peperiksaan. Jadi, aku nekad utk beli lah satu kasut ni. Aku pilih kasut ni sebab kasut ni comel. Lagi pun aku ingat pesanan kawan aku ni.

“Tips membeli barang utk diri sendiri; Pilih lah yg barang comel2. Atleast, org akan puji barang comel sbab diri sendiri tak comel.”

Jadi, tanpa melengahkan masa, aku terus ambik kasut tu. Syok betol aku! Tak terkata. Kasut comel kan, muat pulak tu.

Dipendekkan cerita, hari ni aku balik semula ke cowboy town. Even aku tercampak kat tempat ni, aku masih rasa seronok & tak tension macam selalu. Hmm...ada kasut baru la katakan.

Tapi, beberapa jam tadi, tgh2 aku excited nak bukak box kasut tu, aku tengok.



Hmm. Yup. Ada sebelah je. Musykil. Macam mane aku nak gune kasut sebelah je??? Damn.

Jadi, kesimpulannya, hal ni la yg menyebabkan aku rasa aku cam Cinderella sekarang.
Hmmm. Menunggu putera or whoever yg nak bawak balik lagi sebelah kasut aku.
Logik tak??? Ke tak lansung???

p/s: aku rasa aku ttinggal kasut ni dalam boot keta abg @ kakak aku. Huahauahuahua. Malas nya aku nak pegi Sin City weekends ni. Exam. Kasut. Uwaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Ok. Ok. Drpd aku risau pasal kasut ni, better aku risau apayg aku nak makan lunch pasni. Bai.

Sunday, November 2, 2008

Zac Efron Vs Mark Walhberg

dear Mark Walhberg,

U used to be celebrity crush.
tp,
itu dulu.
Ko jadi Max Payne??okla~
Cuma tak sehebat yg aku sangka b4 aku beratur beli tiket tu.
Aku kecewa jugak la.
Kau rugikan aku 10 ringgit, err...11 eh?? A'a. Baru teringat. Kakak aku belanja la. *muka menahan malu*
Belanja???
Yup! After a trillion tears I wasted. hehe.
Hmm..naseb baik aku bace blog hanis zalikha jap tadi.
Jadi, aku bersyukur je la~
dah. aku nak mandi. bai