Thursday, January 22, 2009

Sentiasa bersemangat tinggi. Kuasa Alpha tidak baik untuk kesihatan.

1. Bangun awal pagi. Takde da dlm list bgun lambat. Kalo ngantok sgt pun, mesti & WAJIB bangun jugak. At least, lepas tengahari boleh la tido balik kalau da sangat-sangat ngantok.

2. Lepas bangun pagi, mesti terus mandi. Tak boleh dah bangun pagi tak gosok gigi terus pegi breakfast*tapi lagi sedap dowh kalau breakfast tak gosok gigi even sungguh selekeh bunyinya, percayalah!*

3. Hapuskan ketinggian longgokan baju yang tak basuh lagi yang kakak aku tinggal kan untuk aku. Kesimpulan kecilnya, aku jadi maid utk kakak aku sekejap la.

4. Ni pulak yg penting, MANDI. Ya. Aku mengaku aku adalah antara juara, diulangi ANTARA JUARA*juara-juara yg lain tpaksa dirahsiakan identiti atas sebab2 keselamatan* yang boleh tahan tak mandi berapa hari eh...setakat ni rekod aku 2 hari la. . dan aku benci habit selekeh aku ni.

5. Lepas tu, jgn meletakkan diri sebgai kurang upaya la. Ini sangat penting. Aku macam kufur nikmat tau selalu. Mana tak, seharian aku lumpuh depan TV. Jadi, aku rase aku patut menggunakan kudrat aku dengan sebaiknya & aku harus bersyukur. Kesimpulannya macam ni la senang, aku seharusnya mengurangkan masa aku terlentang depan TV. Get it??

6. Asignment. Siapa suka kalau asignment berlambak. Ko pun tak suka kan?? Tapi, aku harus terima kenyataan dengan hati yg lapang dan fikiran yg tenang ke fikiran yg lapang dan hati yg tenang. Apa2 lah. Yg penting, maksud aku kat sini, terima kenyataan kerja mmg sentiasa ada dan harus disiapkan. Takde tangguh2 dah.

7. Kurangkan aktiviti window shopping ke pintu shoping ke. Aku harus berpendirian teguh. Jangan mudah terpengaruh dgn ajakan2 setan yg btopeng kn manusia*agak keras bunyinya, tp aku takde da word lain yg lebih sesuai utk describe betapa kuatnya pengaruh golongan ini pada aku* utk keluar smpai tak tak tahu da malam ke siang. Maksudnya, lagi baik duduk rumah je. Lagi pun boleh mengurangkan perbelanjaan aku dan pencemaran sekali. Kan??

8. Banyak benda yg aku nak kurangkan dalam hidup aku sebenarnya. spt mengurangkan berat badan contohnya. Tapi, atas faktor aku meragui kemampuan sendiri aku malas nak layan pasal hal2 berat badan ni. Aku pasrah je sekarang. Jadi, benda yang aku boleh usahakan adalah mengurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Alasan menjaga kesihatan adalah lebih munasabah bagi aku sekarang. Contohnya, aku selalunya breakfast ice-cream & chocalate bar. Sungguh energy! Jadi, kurangkan habit ni. Okay murid-murid??

Hmm.

Bawak-bawak bertendang. Ni bukanlah undang2 baru yg termaktub dlm perlembagaan negara kita kerana tempias Obama telah official jd Presiden. Ni sebenarnya hanyalah satu list perkara yg aku plan nak buat utk Chinese New Year's break ni. Saje je buat panjang lebar sbab aku suka buat benda macamni sejak zaman aku skolah2 dulu. Sebab aku sentiasa bersemangat. Tapi semanagat alpha. *Krg tau semangat alpha? H.M Tuah Iskandar ada cakap semangat ni tak elok sgt utk dibuat semangat. Macam mana huh nak terangkan. Macam ni la, sebab kalau semangat alpha ni sekejap je. Org yg bersemangat ni mcm hangat2 tahi ayam. Mula2 je. Semangat yg sesuai adalah Beta. Semangat yg maintain je. Paham tak??*

Jadi, kita tunggu dan lihat lah sbab dari pengalaman aku sejak zaman skolah2 dulu, list bukan main panjang tp sedikit habuk je ade.

Okay dah. nak top up perut. gud evening.

Monday, January 19, 2009

Why A Woman Needs A Hat???

Some said, "Once the ladies hat was an essential accessory and no one dared go out of the house without a hat".


But, unfortunately, aku bukan salah seorang dari mereka.

In fact, I hate hat/cap dan sewaktu dgn-nya.*maybe sbab saiz kepala aku, aku katakan tidak pada topi*


But, in this moment,


I need this;

Yup, Beanie puteh tu. Ya. atas kepala minah saleh tu, bukan yg bbulu kt badan dia tu tu.
Like seriously-despretely need it.

p/s: kat mana huh aku boleh beli benda alah ni??sbab aku x jumpa lg yg kaler putih...

Sunday, January 18, 2009

Org cakap kat aku; "berat badan kita naik 10 paun di kaca TV". Macamana tu??

Semalam 1st time aku tengok Adibah Nor secara live.
Bukan sebab dia artis pujaan aku, aku tulis entri ni.

cuma aku nak nyatakan,

saiz tubuh dia takdala 'secomel' yang aku selalu tengok kat kaca TV.
Betol. Tak tipu.

aku tak leh bayangkan macamana la kalau aku bertemu live dengan Victoria Beckham pulak.

dan

sebab fakta macamni la aku tolak 1 offer walhal aku tahu aku boleh buat duit sedikit walau pun aku terpacak kat tepi pintu.

Thursday, January 15, 2009

Bersyukur la beb.

Kan best kalau nama aku,

Melody

ke

Violet

ke

Nadia

atau lagi best

Luna

Kan????
................................................

Tadi, aku, Nie, Nani & Rozette ada little conversation on d way jln kaki dari 7-E, conversation pasal nama bakal anak Si Rozette dgn future husbandnya, Nik Mojojo*bukan nama sebenar* .

Nie : Nama anak ko nanti ada title Nik la kan...
Aku : Kalau kau kahwin ngan Nik nanti ko nak bagi nama anak korang apa??
Nie : Nik Mat lah best. Nik Mat B. Nik Mojojo. Kan??
Nani : Kalau macam tu nama lagi satu kau bagi la Nik Ah.
Aku : *Apa spesis nama macam tu??*
Rozette: Pepandai je korang ni.
Nie : Asal tetiba plak Nik Ah?????
Nani : Betol lah. Nik Mat Nik Ah. Kalau tak nak tu, Nik Otin pun best ape.
Aku :*setelah berfikir sejenak, baru boleh tangkap* HAHAHAHAHAHAHA.

Susah betol kalau budak Sentul bertemu jodoh dgn budak Kota Bharu. HAHAHAHAHA

p/s: Huh! Sekarang aku sangat besyukur dengan nama yang mak bapak aku bagi. Sumpah tak nak nama lain.

Tuesday, January 13, 2009

Kita boleh selamatkan dunia walaupun hanya makan roti canai. Kita jugak masih cool lahh~ walaupun hanya minum skyjuice.


Agak-agak kau 1st time minum coca-cola bila?? darjah 1? Sebelum kau masuk tadika?? Ke masa kau belum tahu berdiri tegak lagi kau dah minum dah sbab masa tu mak kau dukung kau sambil minum coca-cola yg dlm botol kaca tu dan infact time tu kau tak pandai bercakap pun lagi, tp even kau tak pandai cakap lagi kau dah berselera nak merasa air berkarbonat brand coca cola & kau ada idea nak mengumpan mak kau jadi ko nangis kuat-kuat. Demi menutup mulut kau yg bising dan mengelakkan hingus kau bertambah panjang, mak kau sumbat la coca-cola tu dlm mulut kau. Kau pun berjaya merasa macam mana coca-cola tu sebenarnya. So, start dari hari tu, coca-cola adalah pemanis hidup kau. Kau balik sekolah, kau singgah kedai kau minum coca-cola. Kau jalan ngan member, tekak kau haus kau pergi ‘mesin push-push’ kau masukkan coin kau push air coca-cola. Kau bukak puasa ko minum coca-cola. Kau lepak ngan kawan2 ko makan peanuts sambil minum coca-cola. Hidup ko CAMNI lah dari dulu.


.......................................................................................

Beberapa hari lepas, aku berjanji aku tidak akan minum air berkarbonat dari brand coca-cola setelah membaca satu wawancara Tun M dalam satu paper. Aku quote apa yg dia cakap;

“Ia sukar dilakukan kerana ada barang yang amat diperlukan tapi kalau hendak tentukan senarai tertentu.........Ia satu tindakan yang kecil tetapi kalau seluruh dunia Islam tidak minum Coca-Cola, ia memberi impak yang besar. Umat Islam tidak akan mati jika tidak minum Coca-Cola”

Aku rasa prestasi aku agak mengagumkan sebab;

Hari pertama: Aku round beberapa pusingan dkt Cowboy town, dengan peluh yang macam air terjun. Tekak rasa haus gila. Aku singgah kedai dan selamat!! sebab aku pilih mineral water.

Hari ke-2: Aku pegi kedai makan bawah rumah aku instead aku pergi KFC dan aku tahu kalau aku melangkah ke situ Coca-cola la pujaan hatiku.

Hari yg seterusnya: NO coke, No Coke, Soya bean, No Coke blablabla masih lagi idup...

dan

Sabtu lepas aku g keluar ngan Kay & Mija, mission aku untuk berkata tidak pada Coca-cola masih bertahan. Namun setelah beberapa round sampai kaki ni naik kejang sebab mencarik t-shirt puteh yg muat utk aku, perut jadi lapar. Aku tak leh tahan & sambil membawa otak aku yg sedikit bengong aku boleh lagi berfikir macamni; “aku g KFC, aku makan ayam, minum air strawberry je”, jadi kitaorg pun decided nak pegi jugak lunch kat KFC.

Aku ingat kepura-puraan aku setakat tu je, semalam aku lepak ngan kakak aku dan aku telah membuat keputusan yg aku patut lepak makan-makan dekat Mcdonald sambil menikmati coca-cola yg kita sedia maklum boleh membantu kepada ketidakperikemanusiaan seperti ini berlaku.




















































gambar diambik dari sini

Dan sekarang aku rasa bersalah gila pada sendiri, janji tinggal janji. Betol la Dr. Kadir*lecturer pedagody aku* cakap "manusia zaman sekarang memang lebih pentingkan diri sendiri".

p/s: Supper malam tadi aku makan roti canai telur + roti canai biasa 1 ngan horlick ais.

Wednesday, December 31, 2008

Sengaja post benda tak berfaedah, esok kan tahun baru. Jom, kita berbbq*betul ke ejaan aku tu?*

Aku rasa bloggers ni sebenarnya org yg takde kerja. Termasuk aku la tu kan. Ni aku rasa la. Kalo org lain aku tak taula. Tau tak sebab aku fikir macamni. As ussual, aku tanya, aku yg jawab.Sebab aku perasan entri utk December ni ada 2 je termasuk yg aku tulis ni la dan aku post entri tu time aku bersuka ria, bcuti la tu.*Time cuti aku byk gila agenda tau,haha* Tp masa November banyak pulak aku post, cemerlang gitu! dan confirm time tu aku tgh struggle utk idop di dunia yg durjana ni kekadang. Jadi, aku membuat hipotesis, time kita takde kerja kita blogging atau kita blogging sebab kita takde keja sebenarnya. Jap, blogging pun kerja jugak. Jadi hipotesis aku salah la.
Tapi, yg aku pasti aku yang takda kerja sebenarnya dan paling penting aku takleh terima hakikat aku akn meninggalkan heaven aku. Yup. rumah ku syurgaku.

p/s: Hipotesis yg tepat sebenarnya: "semakin dekat tarikh aku nak berangkat ke cowboy town ni, semakin lama aku mengadap pc." Sindrom apakah itu?? Cuba teka?

Tuesday, December 30, 2008

New year's countdown!!!

Eh, skrang da 30th December.
WOW. tinggal lagi brapa hari aku boleh berjoli sebab lepas tu aku terpaksa bertapa di pekan yg gersang. Ya! sungguh gersang. Tidak terkata. Kalo berani dtg, cubalah!
dan WOW juga sebab banyak benda WOW yg terjadi semasa semester break aku spt aku ada kuasa chipsmore rupanya & org cakap kat Nilai kain dia murah2, tipu btollah! Dan jugak baru aku tahu Vampire baik hati rupanya. Tidak lupa Chuck Bass sungguh comel. [Aku nak!!!!]
Ok. Nanti2 la aku bagi tau kenapa benda2 WOW ni terjadi. Takda mood skrang. Period! Sungguh lame alasan itu. Hahaha.

Kesimpulannya,
Sungguh banyak benda WOW la yg tjadi masa semester break ni excpt result exam aku la obviously.
Tapi, srssly takde perasaan la nak sambut new year. Kalo ada mesin pemutar masa kan best. kan?

p/s:aku semakin tua, thanx kepada sape yg mengingatkan aku ari tu. sayang anda semua!