Sunday, November 16, 2008

Ouchh.

Aku ada berita buruk lah weh.
Cerita dia start begini,

Semalam, kat pasar malam di pekan cowboy aku beli nasik lemak sambal kerang. Memang very the tip top la nasi lemak ni. Ni aku nak bagitau satu rahsia, salah satu yg benda yg buat aku survive di cowboy town ini adalah nasik lemak makcik ni la. Tiada dimana-mana. Sarawak pun takda tau Nyum. Nyum. Ok. Selain nasi lemak class A ni, cendawan goreng yg dijual sorang mak cik ni juga salah satu lifesaver aku . Jadi, dua item ni memang menyelamatkan weekend aku sepanjang di Pekan Cowboy ni. Hmmm. Belum, belum, ni bukan berita buruk yang aku maksudkan. Ni berita gembira la kek.

Seterusnya, lepas aku habis melahap 2 item yang berharga ni, tetiba aku rasa aku macam tak sedap badan. Aku rasa macam aku mengalami simptom demam. Aku takut tragedi masa bulan puasa berulang, aku ni macam consumer dadah gemilang tau time tu, pasal aku telah telan Panadol berapa biji pun aku tak ingat tambah lagi ngan berapa biji & liter ubat batuk aku bedal pun aku tak tahu. Haihhh. Demam punya pasal. Aku merumuskan mungkin aku terdedah pada hujan semasa di pasar malam sebelum tu yang menyebabkan keadaan aku macam tu. Aku teringat mak aku cakap, kalau kena hujan kena cepat-cepat mandi. Memandangkan aku sedar diri yang antibodi aku agak lemah*ada org cakap kalau siapa yg bkulit cerah ni antibodinya lemah, hihi. Aku cerah lah kan??<----statement perasan kali ke 100* . Jadi, aku cepat-cepat mandi.. Hmmm..Tu bukan berita buruk yang aku nak sampaikan, sesungguhnya itu adalah tips kesihatan dowh.


Lepas siap mandi dan telan panadol aku pun rasa lebih lega! Syukran. Syukran. Aku masih sihat. Tapi nampaknya rasa lega tu tidak berpanjangan kerana tiba-tiba aku rasa kondisi gusi aku tidak seperti biasa. Rasa macam berketul-ketul. Risau juga mulanya, tapi aku abaikan. Janji tidak mengganggu selera makan aku, sudah! Tapi nampaknya sangkaan aku meleset kerana semasa aku berhajat nak menghabiskan semangkuk bihun tomyam tadi, aku rasa gusi aku telalu sakit. Gusi di bahagian gigi geraham aku telah membengkak. Nak telan air liur pun sakit dowh! Kemudian aku telah bertanya pendapat orang-orang yang pakar termasuk mak aku sendiri. Orang-orang yang pakar ini sependapat menyatakan aku sebenarnya mengalami simptom biasa yang dialami oleh orang-orang yang akan tumbuh gigi geraham. Gigi geraham terakhir. Maksudnya, aku dah besar & matang lah tu. >.<. Jap, jgn ingat berita buruk yang aku nak sampaikan adalah benda ni. Bukan. Tentu sekali bukan. Berita buruk yang aku maksudkan adalah pertumbuhan gigi geraham aku ni menandakan aku tak kan meninggi lagi.

YUP! Aku tidakkan menjadi lebih tinggi lagi! Ketinggian aku hanya sampai di sini~

Hua. Hua.Teori ni orang-orang yang pakar ni yang cakap. Tak tau betul ke tak. Harap tak. Aku sekadar ingin berkongsi. Jadi, tahniah aku ucapkan kepada sesiapa yang meyumbangkan masa mereka membaca entri aku yang agak panjang kali ni. Peace!

p/s: Kan lagi best kalau teori ni menyatakan, sesiapa yang mengalami pertumbuhan gigi geraham terakhir ni tidak akan mengalami penambahan berat badan lagi. :P

0 comments: