haihh..
aku rasa kalo la org tua dlm cita Saw mmg wujud kat dunia ni[ke mmg ade..cume ak je x tau]
mmg aku lah peserta pertama diseksa zahir & batin dgn kejam psiko sungguh org tua itu,
sumpah! aku skrang tak leh berenti merungut,
bosannn.that's the word!
nak update blog pun aku rasa aku sendiri baca pun bosan.
tp update jugak sbab blog aku mmg bosan zahirnya kan.
haihhh...
aku rasa aku da mmg kena sampuk ngan hantu bosan kot skrang.hantu bosan yg suka merepek dari kubur Semalau.
tgk, aku dah mula merepek skrang.
dan lagi sadis keadaan skrang ni adlh disbabkan aku tak dpt tgk movie Twilight pun lagi.
Bongek. Bongek.
Asal la Sarikei takda pawagam. Belawai???? aku rasa aku berjanggut dan bulu ketiak Iyba memanjang macam rambut Aishwarya Rai dlm cita Devdas pun belum tentu lagi ada.
haihhh....
p/s:menambahkan lagi perasa kebosanan skrang ni bila aku ingat kan aku kat sini aman, tp kan bila cita tak sedap mcm mee sedap sampai kat telinga aku ni..mmg haihhh la...dahla. kedajalan ko dan keturunan ko sejak 3 tahun lepas gila mencabar keimanan aku.aku tak larat weh. sangat. tak larat dah nak gelak. hahahahahahahahhahaha*sampai ko mati*
Sunday, November 30, 2008
Aku tak nak gergaji. tapi aku nak mesin rumput sbab aku nak tebas mulut bapak ko.
Posted by Sean Puff Dyla at 19:59 0 comments
Labels: aku dan tragedy, aku kdg2 mengisi masa lapang dgn merepek tau
Sunday, November 16, 2008
Ouchh.
Cerita dia start begini,
Seterusnya, lepas aku habis melahap 2 item yang berharga ni, tetiba aku rasa aku macam tak sedap badan. Aku rasa macam aku mengalami simptom demam. Aku takut tragedi masa bulan puasa berulang, aku ni macam consumer dadah gemilang tau time tu, pasal aku telah telan Panadol berapa biji pun aku tak ingat tambah lagi ngan berapa biji & liter ubat batuk aku bedal pun aku tak tahu. Haihhh. Demam punya pasal. Aku merumuskan mungkin aku terdedah pada hujan semasa di pasar malam sebelum tu yang menyebabkan keadaan aku macam tu. Aku teringat mak aku cakap, kalau kena hujan kena cepat-cepat mandi. Memandangkan aku sedar diri yang antibodi aku agak lemah*ada org cakap kalau siapa yg bkulit cerah ni antibodinya lemah, hihi. Aku cerah lah kan??<----statement perasan kali ke 100* . Jadi, aku cepat-cepat mandi.. Hmmm..Tu bukan berita buruk yang aku nak sampaikan, sesungguhnya itu adalah tips kesihatan dowh.
Lepas siap mandi dan telan panadol aku pun rasa lebih lega! Syukran. Syukran. Aku masih sihat. Tapi nampaknya rasa lega tu tidak berpanjangan kerana tiba-tiba aku rasa kondisi gusi aku tidak seperti biasa. Rasa macam berketul-ketul. Risau juga mulanya, tapi aku abaikan. Janji tidak mengganggu selera makan aku, sudah! Tapi nampaknya sangkaan aku meleset kerana semasa aku berhajat nak menghabiskan semangkuk bihun tomyam tadi, aku rasa gusi aku telalu sakit. Gusi di bahagian gigi geraham aku telah membengkak. Nak telan air liur pun sakit dowh! Kemudian aku telah bertanya pendapat orang-orang yang pakar termasuk mak aku sendiri. Orang-orang yang pakar ini sependapat menyatakan aku sebenarnya mengalami simptom biasa yang dialami oleh orang-orang yang akan tumbuh gigi geraham. Gigi geraham terakhir. Maksudnya, aku dah besar & matang lah tu. >.<. Jap, jgn ingat berita buruk yang aku nak sampaikan adalah benda ni. Bukan. Tentu sekali bukan. Berita buruk yang aku maksudkan adalah pertumbuhan gigi geraham aku ni menandakan aku tak kan meninggi lagi. YUP! Aku tidakkan menjadi lebih tinggi lagi! Ketinggian aku hanya sampai di sini~
Hua. Hua.Teori ni orang-orang yang pakar ni yang cakap. Tak tau betul ke tak. Harap tak. Aku sekadar ingin berkongsi. Jadi, tahniah aku ucapkan kepada sesiapa yang meyumbangkan masa mereka membaca entri aku yang agak panjang kali ni. Peace!
p/s: Kan lagi best kalau teori ni menyatakan, sesiapa yang mengalami pertumbuhan gigi geraham terakhir ni tidak akan mengalami penambahan berat badan lagi. :P
Posted by Sean Puff Dyla at 21:22 0 comments
Monday, October 6, 2008
Kita ingat, kita semakin membesar kita semakin kuat.
Kalau time dekat raya je, aku tension.
Kekadang lah.
Tension kerana terpaksa bersemuka dengan orang yang aku rasa aku tak kenal,
Padahal.
Mereka semua ada pertalian darah dengan aku.
Ya!
Aku serius.
Aku orangnya sangat pemalu untuk memulakan sesuatu perbualan begitu juga untuk menyambung perbualan sehingga salah seorang mak cik aku melabelkan aku kera sumbang kerana tidak pandai bergaul dengan orang.(oh. Aku percaya, dulu mungkin dia tidak berkesempatan melihat betapa gilanya aku bermain galah panjang, berimaginasi melampau, mandi sungai, panjat pokok etc etc bersama-sama rakan-rakan aku agaknya.)
Tapi emak ku sendiri tidak pernah kisah kerana aku bukan kera, aku, orang.
Walaupun mereka, anonymous dan juga bukan anonymous, membuat dosa mengutuk, mengumpat aku, (salah satu perkara yang sering menjadi isu adalah fizikal aku berlainan sedikit daripada adik beradikku. Tapi ramai jugak yg memuji aku persis ayahku dan aku bangga!)
Namun. Ketika itu,
aku sangat tak kisah.
Aku segera memaafkan mereka pabila menjelang hari raya.
Aku senang melupakannya.
Ya! Aku kuat ketika itu.
10 tahun kemudian, yakni sekarang.
Kalau time dekat raya je, aku seronok.
Selalunya lah.
Seronok kerana dapat pilih sendiri baju baru, kasut baru, buat kek pilihan sendiri.
Padahal.
Yang bayar belanjanya bukan aku, tapi emak aku.
Ok. Ok. Aku mengaku.
Aku tak boleh tipu sendiri.
Sebenarnya, aku rasa sejak aku tidak belajar subjek Kemahiran Hidup Bersepadu lagi, definisi raya untuk aku tidak semeriah dulu. Walau pun mak cik aku dah tak gelar aku kera sumbang lagi, ( Namun, sekarang ada lagi sorang mak cik aku cipta perumpaaan pabila aku dan cousin aku memulakan persidangan. Dia mengumpakan jika aku dan cousin aku keliling dunia ni pun, persidangan tu tak akan berhenti) ada 1 perkara mengejutkan aku sendiri telah berlaku iaitu
aku rasa aku sudah berubah, (bukan hanya Parti Pilihan Pow yang berubah)
Buktinya, pabila seorang yang bukan anonymous tetapi dulunya aku kirakan antara kawan baik aku (well, this creature is officially not my friend now) membuat dajal.
Aku tidak berjaya untuk tidak kisah.
Mungkin aku sudah memaafkan kedajalannya.
Namun,
Untuk melupakannya, tersangatlah susah.
Ya!
Kita ingat,
Kita semakin besar semakin kuat.
Tapi, thank God!
Tuhan itu Maha Kaya. Kini, aku ada mereka untuk lebih menceriakan hari raya selain keluarga ku sendiri.
Kerana sekarang juga aku semakin dapat memahami apa itu menghargai.
Posted by Sean Puff Dyla at 21:36 0 comments
Labels: aku dan tragedy, aku rasa la kan.
Saturday, September 6, 2008
kepala aku nak pecah da.
Posted by Sean Puff Dyla at 16:09 0 comments
Labels: aku dan kesadisanku, aku dan tragedy
Saturday, August 30, 2008
kenapa sangat serius.pak cik??

Benar, hatiku sakit, pedih, hancur, lumat.
jauh di dalam hatiku sangat gundah gulana mengenangkan asignment-asignment aku yang belum disiapkan namun due datenya sangatlah dekat dan mid term exam yang serupa tiada gape. Aku kuatkan juga hatiku dan menggagahkan diri tanpa mengiraukan penat lelah yang tidak seberapa untuk ke rumah kawanku dengan tujuan menyiapkan sisa-sisa kerja tersebut.
Akhirnya, siap jua. Gembira bukan kepalang hati aku, lantas dalam perjalanan pulang dari rumah kawanku itu, senyuman tidak pernah lekang dari bibir.
Untuk pengetahuan semua, jarak rumah aku dari rumah kawanku itu hanya beberapa meter sahaja cuma untuk pulang ke rumah aku perlu melalui sebuah pondok pengawal.
Aku meneruskan langkah-langkah kakiku dan aku bajet apabila tapak kakiku menyentuh jalan berdepan pondok pengawal itu aku akan berpaling ke arah 2 orang pengawal yang gagah berada di situ dan kukira dia sebaya ibu bapaku cuma sedikit muda barangkali tapi aku yakin aku boleh menggelar mereka berdua sebagai 'Pak Cik'.
Ingat ya,
Hati yang gembira,
Senyuman yang senantiasa.
Seraya, aku memalingkan kepalaku ke arah mereka berdua, salah seorang daripada mereka telah mengeluarkan perkataan ini dan aku yakin khas untuk aku;
"Hey!!!! kenapa senyum-senyum???!!!!!!!!!!"
Disusuli dengan pandangan temannya yang berada di sebelahnya yakni Pak Cik yang lagi sorang.
Sejujurnya, apabila compared cerita 1 dan cerita 2, perasaan aku hanya geram pada cerita 1 kerana aku missed untuk melihat pertanyaan ini diungkapkan oleh Joker yang ku dengar cerita dari rakanku sangat psiko;
"Kenapa sangat serius???"
dan juga aku termissed dan sepatutnya aku lontarkan pertanyaan tersebut bagi menjawab persoalan pak cik-pak cik dalam cerita 2 itu.
Aku bukan pengecut cuma ada sisa hormat.
Posted by Sean Puff Dyla at 00:29 0 comments
Labels: aku dan tragedy, aku rasa la kan.
Thursday, July 31, 2008
if u wake up, make sure tht u r totally wake up.
Semalam sgt letih.
Kelas. Kelas. Lab.
Dari pagi sampai kol 10.00 mlm
HUH! dah la kelas jauh jauh. penat. penat.
Balik umah je, hempak kepala atas bantal, terus pengsan!
Suck tol . Ok, stop merungut Dilaaaaaaa!Kan ko sendiri yg pilih idop macamni.
Ok.
Next, topic!
Pagi ni, spt biasa bgun dengan rasa mengantuk yang tahap maksima. Siap mandi sume, before melangkah kuar pintu, spt biasa menjadi particular sekejap even aku tahu aku tak de lansong ciri-ciri orang yang particular. At least I’m going there. Ok. Stop merepek. Ok, Bebalik pada story aku ni. Aku checked la satu2 props aku takot tertinggaal kan. Al- maklumla, aku ni pelupa tahap maksima.
• Put on rexona. [checked!]
• Put on jonhson’s baby soft lotion 24 hour moisture. [checked!]
• Put on my clothes*included the ‘in’ one. [checked!]
• Put on kose’ s foundation. [checked!]
• sprayed on bylgary. [checked!]
• my pony tail’s hair. [checked!]
• shoes. [checked!]
• socks. [checked!]
• bag [checked!]
• pencil’s box [checked!]
• note books [checked!]
• hand phone [checked!]
• keys [checked!]
• name tag [checked!]
• access’s card [checked!]
• blab la bla n bla bla [ sume checked!]
Bila aku rase da complete aku dengan gembira lala kanak- kanak rebina aku ngan membe aku pun pegi la bus stop. Part paling best nye, angin aku lain macam je time tunggu bas pagi ni. OK je. Aik. Even sesengal tahap maksima pun bus ni, aku cam happy je. Huh??
Ok ke ni???? Da la siap awal gile. Imagin la~ aku da ready tepat 7:30 a.m. Musykil- musykil.
Seperti biasa, setelah berhempas pulas berebut bas baru la boleh meletakkan kaki aku ni atas bas. Penat sial tau tak. Bukan nye dudok. Berdiri! +_+.
Baru kejap aku menikmati keindahan awal pagi yang tak kelam kabut.
Tetiba aku rase something. Rerupenya.
Aku punye t-shirt terbalik. yg blakang ke depan, dan yg bahagian depan ke belakang.HAHAHAHAHA.
Bongok. Bongok. Malu seyh~~
Berlari gi toilet, betulkan ape yang x betol.
Huish. Kureng. Kureng. Ape la nasib.
Pastu sampai kelas plak,dan yang paling best, baru realised membe aku nye seluar pun terbalik.[yeyeO merilek kan aku tp, rupe2 kta serupa la Nie]
DUSHH.HAHAHAHA.
Hari yang sume nak terbalik.
Posted by Sean Puff Dyla at 22:35 0 comments
Labels: aku dan tragedy

