Showing posts with label aku mabuk dgn kerja sekolah. Show all posts
Showing posts with label aku mabuk dgn kerja sekolah. Show all posts

Thursday, January 22, 2009

Sentiasa bersemangat tinggi. Kuasa Alpha tidak baik untuk kesihatan.

1. Bangun awal pagi. Takde da dlm list bgun lambat. Kalo ngantok sgt pun, mesti & WAJIB bangun jugak. At least, lepas tengahari boleh la tido balik kalau da sangat-sangat ngantok.

2. Lepas bangun pagi, mesti terus mandi. Tak boleh dah bangun pagi tak gosok gigi terus pegi breakfast*tapi lagi sedap dowh kalau breakfast tak gosok gigi even sungguh selekeh bunyinya, percayalah!*

3. Hapuskan ketinggian longgokan baju yang tak basuh lagi yang kakak aku tinggal kan untuk aku. Kesimpulan kecilnya, aku jadi maid utk kakak aku sekejap la.

4. Ni pulak yg penting, MANDI. Ya. Aku mengaku aku adalah antara juara, diulangi ANTARA JUARA*juara-juara yg lain tpaksa dirahsiakan identiti atas sebab2 keselamatan* yang boleh tahan tak mandi berapa hari eh...setakat ni rekod aku 2 hari la. . dan aku benci habit selekeh aku ni.

5. Lepas tu, jgn meletakkan diri sebgai kurang upaya la. Ini sangat penting. Aku macam kufur nikmat tau selalu. Mana tak, seharian aku lumpuh depan TV. Jadi, aku rase aku patut menggunakan kudrat aku dengan sebaiknya & aku harus bersyukur. Kesimpulannya macam ni la senang, aku seharusnya mengurangkan masa aku terlentang depan TV. Get it??

6. Asignment. Siapa suka kalau asignment berlambak. Ko pun tak suka kan?? Tapi, aku harus terima kenyataan dengan hati yg lapang dan fikiran yg tenang ke fikiran yg lapang dan hati yg tenang. Apa2 lah. Yg penting, maksud aku kat sini, terima kenyataan kerja mmg sentiasa ada dan harus disiapkan. Takde tangguh2 dah.

7. Kurangkan aktiviti window shopping ke pintu shoping ke. Aku harus berpendirian teguh. Jangan mudah terpengaruh dgn ajakan2 setan yg btopeng kn manusia*agak keras bunyinya, tp aku takde da word lain yg lebih sesuai utk describe betapa kuatnya pengaruh golongan ini pada aku* utk keluar smpai tak tak tahu da malam ke siang. Maksudnya, lagi baik duduk rumah je. Lagi pun boleh mengurangkan perbelanjaan aku dan pencemaran sekali. Kan??

8. Banyak benda yg aku nak kurangkan dalam hidup aku sebenarnya. spt mengurangkan berat badan contohnya. Tapi, atas faktor aku meragui kemampuan sendiri aku malas nak layan pasal hal2 berat badan ni. Aku pasrah je sekarang. Jadi, benda yang aku boleh usahakan adalah mengurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Alasan menjaga kesihatan adalah lebih munasabah bagi aku sekarang. Contohnya, aku selalunya breakfast ice-cream & chocalate bar. Sungguh energy! Jadi, kurangkan habit ni. Okay murid-murid??

Hmm.

Bawak-bawak bertendang. Ni bukanlah undang2 baru yg termaktub dlm perlembagaan negara kita kerana tempias Obama telah official jd Presiden. Ni sebenarnya hanyalah satu list perkara yg aku plan nak buat utk Chinese New Year's break ni. Saje je buat panjang lebar sbab aku suka buat benda macamni sejak zaman aku skolah2 dulu. Sebab aku sentiasa bersemangat. Tapi semanagat alpha. *Krg tau semangat alpha? H.M Tuah Iskandar ada cakap semangat ni tak elok sgt utk dibuat semangat. Macam mana huh nak terangkan. Macam ni la, sebab kalau semangat alpha ni sekejap je. Org yg bersemangat ni mcm hangat2 tahi ayam. Mula2 je. Semangat yg sesuai adalah Beta. Semangat yg maintain je. Paham tak??*

Jadi, kita tunggu dan lihat lah sbab dari pengalaman aku sejak zaman skolah2 dulu, list bukan main panjang tp sedikit habuk je ade.

Okay dah. nak top up perut. gud evening.

Monday, January 19, 2009

Why A Woman Needs A Hat???

Some said, "Once the ladies hat was an essential accessory and no one dared go out of the house without a hat".


But, unfortunately, aku bukan salah seorang dari mereka.

In fact, I hate hat/cap dan sewaktu dgn-nya.*maybe sbab saiz kepala aku, aku katakan tidak pada topi*


But, in this moment,


I need this;

Yup, Beanie puteh tu. Ya. atas kepala minah saleh tu, bukan yg bbulu kt badan dia tu tu.
Like seriously-despretely need it.

p/s: kat mana huh aku boleh beli benda alah ni??sbab aku x jumpa lg yg kaler putih...

Sunday, October 26, 2008

aku mesti kejar dan bayar balik!

Fuh!
Relieve!
Lega!
Suwik!
Suma assignment da submit.

Tp
Risau juga,
Aku masih dalam proses denial.
Aku menidakkan kenyataan yg aku sungguh sucks dalam accounting.
Bagaimana ya aku bisa mengejar angka2 sebelum tiba hari muka?

p/s:aku benci subject account. Aku bukannya cekgu akaun wannabe pon..