Showing posts with label aku rasa la kan.. Show all posts
Showing posts with label aku rasa la kan.. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

Ko nak tak kalau laki seorang rapper?

Aku membuang masa lah hari ni.*cet!bunyi macamlah masa ni selalu ko tak buang. Padahal buang mengalahkan ajk kebersihan yang mementingkan kebersihan yang buang sampah hari-hari*

Aku sanggup tengok video berulang-ulang kali sehingga aku sanggup mengorbankan masa tidur aku;




Apahal aku tetiba kecoh pasal video ni??

Ke nak bagitau yang aku ni dah gatal sangat nak menatap muka Justin Timberlake yang curang ngan aku dan sanggup berpaling tadah demi Jessica Biel yang tak hot mana pun.*aku rasa Scarlett lagi hot. Dayang Nurfaizah pun*

Bukan. Bukan.

Ke aku teringin rap pulak sekarang?
Oh. Tidak. Lansung. Nanti Snoop Dogg Fatherhood takde sapa nak tengok dowh, sebab Sean Puff Dyla Motherhood.

Pasal lagu ni sedap???
Mungkin jugak.


Sebenarnya....

Ni,
pasal aku rasa T.I ni lagi hot/macho/kacak daripada Si Justin Timberlake ni ha.
Tu je.

and

I love u, Clifford Joseph Harris Jr.

p/s:Org sebelah aku cakap aku rabun. Kejam.

Monday, February 16, 2009

Budak-budak pun snapping fingers tak berbunyi


Semalam aku tengah melayan anak buah aku, Khairina, 6 tahun.
Dia ni suka menyanyi dan menari sekali la.

Tetiba dia nyanyi satu lagu yg aku familiar tapi sedikit diubah suai.

Assalamualikum,
Kom apa?

Kombat.
Bat apa?

Bat man*sambil mengangkat tangan ala2 nak terbang mcm Batman.
Man apa??

Men tol*sambil snap-snap jari tp tak berbunyi)

Aku hairan.
Kenapa kuis-kuis jari???
Apa kaitan petik-petik jari macam tu dengan mentol.
Mentol bulat.
Ke ni mentol automatic yg dimaksudkan.

Lalu aku,

“Kakak, salah lah. Sepatutnya macam ni."*sambil buat bentuk bulat menggunakan jari.*

Dia dengan kondipennya menjawab,

“Betullah orang buat.” *sambil snap-snap jari lagi*

Dia sambung lagi dengan ekspresi muka yang tak puas hati ,

“TOL. TOL. *sambil snap-snap jari lagi.* Kan tol selalu je ambik duit kita, sikit-sikit duit. Tol duit. Tol duit. Betul lah orang buat macam tu"*sambil snap-snap jari lagi*


Aku speechless dan lagu ni lantas terlintas dalam kepala otak aku;

Duit. Dimana kau duit*sambil snap-snap jari*

Friday, January 23, 2009

My mother tongue tetap kebanggaanku.

update: "Lai Sher, Tai See Fat" adalah bahasa Mandarin yg bermaksud "Cikgu, punggung besar!". Kalau tak silap lah.
Minggu depan Chinese New Year, Happy Chinese New Year kepada sape2 yg menyambut Chinese New Year. Nak balik nak tengok mercun. Mercun kat sini innocent lah.

**********************************************

Nak cite ckit, sem ni aku ambik Bahasa Mandarin.*padahal Nihon Go yg aku ambik masa dahulu kala pun sekerat jalan*.
Aku ambik kelas ni bukan pasal aku nak ngorat pakwe Cine,

ke

aku nak buat trip pegi Tembok China ke.

Cuma

aku perlu bersedia.

Kan future job aku kan sentiasa berdepan ngan budak-budak kat Malaysia. Okay. Sebenarnya, aku adalah Cekgu Wannabe. Jadi, bagi membolehkan aku berkomunikasi ngan pelajar2 yg berbilang bangsa ni dengan lebih baik, belajar bahasa Cina adalah satu effort aku. *bahasa Iban, Melanau, aku dah pass dah*

Lagi pun, katakan la kalau aku masuk kelas tetiba ade budak cakap macam ni dekat aku;

“Lau Sher, Tai See Fat!!!”

Takkan aku nak jawab;

“Oh. Ye ke. Lau sher beli 2 ringgit je. Mari Lau sher belanja makan ”

Tak ke sengal namanya tu. Kan???
Oleh itu, bertambah lah semangat aku nak belajar bahasa ni kan. Bukan aku je sebenarnya, classmate aku pun sama. Tak percaya??? Tengok la masa kelas pertama kiteorg, masa Lau Sher tulis perkataan;


“Lai Foo Fat”


kat white board. Punyala kiteorg pronounce dengan kuat+semangat+feeling2 kiteorg ni dekat Taiwan masa tu dan yg sadiznya kiteorg ingat words itu adalah kata-kata semangat sebelum belajar yg bermaksud “Mari lah belajar” atau “Mari lah berkerjasama” atau “Marilah kurangkan Lemak”.

Tapi sangkaan kami meleset semata-mata. Itu pun masa dah habis kelas baru tahu, bila kiteorg tanya;

“nama lau sher ni apa sebenarnya???”

Dan die jawab;

“Aik, bukan saya sudah tulis awal2 ke tadi. Lai Foo Fat tu nama saya la. Haiya!!!!!!!!!!!”

p/s: Pasni nak belajar joget India dekat Sutha. Mungkin belajar macam mana jual kacang putih. HIHIIHIHI.

Sunday, January 18, 2009

Org cakap kat aku; "berat badan kita naik 10 paun di kaca TV". Macamana tu??

Semalam 1st time aku tengok Adibah Nor secara live.
Bukan sebab dia artis pujaan aku, aku tulis entri ni.

cuma aku nak nyatakan,

saiz tubuh dia takdala 'secomel' yang aku selalu tengok kat kaca TV.
Betol. Tak tipu.

aku tak leh bayangkan macamana la kalau aku bertemu live dengan Victoria Beckham pulak.

dan

sebab fakta macamni la aku tolak 1 offer walhal aku tahu aku boleh buat duit sedikit walau pun aku terpacak kat tepi pintu.

Thursday, January 15, 2009

Bersyukur la beb.

Kan best kalau nama aku,

Melody

ke

Violet

ke

Nadia

atau lagi best

Luna

Kan????
................................................

Tadi, aku, Nie, Nani & Rozette ada little conversation on d way jln kaki dari 7-E, conversation pasal nama bakal anak Si Rozette dgn future husbandnya, Nik Mojojo*bukan nama sebenar* .

Nie : Nama anak ko nanti ada title Nik la kan...
Aku : Kalau kau kahwin ngan Nik nanti ko nak bagi nama anak korang apa??
Nie : Nik Mat lah best. Nik Mat B. Nik Mojojo. Kan??
Nani : Kalau macam tu nama lagi satu kau bagi la Nik Ah.
Aku : *Apa spesis nama macam tu??*
Rozette: Pepandai je korang ni.
Nie : Asal tetiba plak Nik Ah?????
Nani : Betol lah. Nik Mat Nik Ah. Kalau tak nak tu, Nik Otin pun best ape.
Aku :*setelah berfikir sejenak, baru boleh tangkap* HAHAHAHAHAHAHA.

Susah betol kalau budak Sentul bertemu jodoh dgn budak Kota Bharu. HAHAHAHAHA

p/s: Huh! Sekarang aku sangat besyukur dengan nama yang mak bapak aku bagi. Sumpah tak nak nama lain.

Tuesday, January 13, 2009

Kita boleh selamatkan dunia walaupun hanya makan roti canai. Kita jugak masih cool lahh~ walaupun hanya minum skyjuice.


Agak-agak kau 1st time minum coca-cola bila?? darjah 1? Sebelum kau masuk tadika?? Ke masa kau belum tahu berdiri tegak lagi kau dah minum dah sbab masa tu mak kau dukung kau sambil minum coca-cola yg dlm botol kaca tu dan infact time tu kau tak pandai bercakap pun lagi, tp even kau tak pandai cakap lagi kau dah berselera nak merasa air berkarbonat brand coca cola & kau ada idea nak mengumpan mak kau jadi ko nangis kuat-kuat. Demi menutup mulut kau yg bising dan mengelakkan hingus kau bertambah panjang, mak kau sumbat la coca-cola tu dlm mulut kau. Kau pun berjaya merasa macam mana coca-cola tu sebenarnya. So, start dari hari tu, coca-cola adalah pemanis hidup kau. Kau balik sekolah, kau singgah kedai kau minum coca-cola. Kau jalan ngan member, tekak kau haus kau pergi ‘mesin push-push’ kau masukkan coin kau push air coca-cola. Kau bukak puasa ko minum coca-cola. Kau lepak ngan kawan2 ko makan peanuts sambil minum coca-cola. Hidup ko CAMNI lah dari dulu.


.......................................................................................

Beberapa hari lepas, aku berjanji aku tidak akan minum air berkarbonat dari brand coca-cola setelah membaca satu wawancara Tun M dalam satu paper. Aku quote apa yg dia cakap;

“Ia sukar dilakukan kerana ada barang yang amat diperlukan tapi kalau hendak tentukan senarai tertentu.........Ia satu tindakan yang kecil tetapi kalau seluruh dunia Islam tidak minum Coca-Cola, ia memberi impak yang besar. Umat Islam tidak akan mati jika tidak minum Coca-Cola”

Aku rasa prestasi aku agak mengagumkan sebab;

Hari pertama: Aku round beberapa pusingan dkt Cowboy town, dengan peluh yang macam air terjun. Tekak rasa haus gila. Aku singgah kedai dan selamat!! sebab aku pilih mineral water.

Hari ke-2: Aku pegi kedai makan bawah rumah aku instead aku pergi KFC dan aku tahu kalau aku melangkah ke situ Coca-cola la pujaan hatiku.

Hari yg seterusnya: NO coke, No Coke, Soya bean, No Coke blablabla masih lagi idup...

dan

Sabtu lepas aku g keluar ngan Kay & Mija, mission aku untuk berkata tidak pada Coca-cola masih bertahan. Namun setelah beberapa round sampai kaki ni naik kejang sebab mencarik t-shirt puteh yg muat utk aku, perut jadi lapar. Aku tak leh tahan & sambil membawa otak aku yg sedikit bengong aku boleh lagi berfikir macamni; “aku g KFC, aku makan ayam, minum air strawberry je”, jadi kitaorg pun decided nak pegi jugak lunch kat KFC.

Aku ingat kepura-puraan aku setakat tu je, semalam aku lepak ngan kakak aku dan aku telah membuat keputusan yg aku patut lepak makan-makan dekat Mcdonald sambil menikmati coca-cola yg kita sedia maklum boleh membantu kepada ketidakperikemanusiaan seperti ini berlaku.




















































gambar diambik dari sini

Dan sekarang aku rasa bersalah gila pada sendiri, janji tinggal janji. Betol la Dr. Kadir*lecturer pedagody aku* cakap "manusia zaman sekarang memang lebih pentingkan diri sendiri".

p/s: Supper malam tadi aku makan roti canai telur + roti canai biasa 1 ngan horlick ais.

Wednesday, November 5, 2008

Trip yg terpahat diingatan & it's Tanjung Rambutan baby!

Aku rasa entri aku kali ni lebih feel kalau baca sambil perdengarkan lagu Say (All I need) by One Republic. Lagu tema sinetron Hikmah pun ok jugak. Kalau tak nak pon tak pe. Tak mati pon.

Hmm...Tak tahu la kenapa aku tetiba nak post entri ini.

Tp aku nak post jugak. Berkongsi pengalaman pertama kali aku pergi rumah kebajikan.*aku kejakunan*. Bak kata mat saleh sharing is caring.

Ok. Lebih baik aku jujur saja. Senang cerita. Yang sebenarnya....

Aku rasa bersalah.

Pasal rasa yg tak best ni la aku tiba gatal tgn nk post 2nd entry hari ni. Seriously, aku tak pernah rasa bersalah macam ni, sgt lain tho yg ni. Selain rasa bersalah ngan diri sendiri pasal benda2 bodoh yg selalu aku buat, aku jugak selalu rasa bersalah ngan mak aku pasal result exam2 aku etc, rasa bersalah ngan BFF aku konon janji nak buat trip pegi Sabah dan banyak lagi la~ Tapi utk kes rasa bersalah aku yg ni completely lain. Aku macam diseru2. *Feel2 drama seram melayu pulak aku skrang ni*. Rasa bersalah yg aku maksudkan adalah rasa bersalah pada sekumpulan orang. Orang yang cool. Sangat menghantui kehidupan aku la rasa bersalah ni kesimpulannya. Mungkin sebab org2 yg terlibat selalu ingat aku kot. *statement perasan sekali lagi* . Hmmmm....

Dipendekkan cerita macam ni la;

Masa aku ikot trip pegi Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan hari tu*utk kerja sekolah sebnrnya*, aku telah buat perjanjian dengan cool a.k.a gorgeous people yakni penghuni2 rumah tu la. yg kiteorang akan dtg lagi kesitu melawat & lepak2 ngan dieorang tetapi sehingga saat aku type ni nak jejakkan kaki kat Ipoh pun tak pernah lagi since yg last sekali aku pegi Ipoh masa trip tu jela. Pastu aku janji nak hantar gambar yg aku tangkap sama2 ngan dieorg lepas aku siap cuci dan obviously aku tak hantar lagi pun. Even cuci gambar2 tu pun belom lagi.
W/pun ak bkn melayu tp aku punya janji menunjukkan yg sebaliknya.
Hmm.. Bagi mengurangkan sedikit rasa bersalah yg aku rasa berat macam batu yg sgttt besar atas kepala aku ni apa kata aku upload la gambar2 ni sebagai tatapan mata semua org. Kalau sudi la~;

Happy faces. Rindu gila dieorg.




Deeper conversation.



Say peace...


Kami suka peace. Kamu??



Aku panggil uncle ni Uncle Super Mario sebab muka dia sebijik mcm Super Mario. Health freak Super mario. Siap bagi pesanan penaja masa ni ”eat more vege, fruits bla bla” & he brought along bananas for us. So sweet.

Beside the happy part I experienced there;










Pernah tak terfikir yg kita akan habiskan sisa-sisa hidup kita kt tmpat macam ni?? Dan Pernah tak terfikir nak hantar orang2 yang kita sayang ke tempat macam ni?? Tepuk dada tanya selera.




Aku bet sign yang dia tunjuk tak sama yg ada dalam hati dia.


Dah. Malas nak uplod tp sebelum line internet ni terputus lagi, I’ll tell u what, kebanyakan dieorang kat sini dihantar oleh anak-anak dieorg yg ada karier yg bagus cam lawyer, doctor etc. Nauzubillah. Even V.I.P pon ada. *kalau aku mention nama ni mesti semua org kenal, tp I'm not gonna tell u* Seriously!!!! Aku tak ada hak so aku tak tahu nak komen apa. Plus, we shudn’t judge others suka ati. Kan?Apa yg aku boleh cakap pengalaman ni telah tukar aku punya perspektif macammana melihat dunia. Totally.
Erkhhh. >.<
Kalau aku terangkan pon macamla org lain paham. Tak nak pun kan?? Kan????
...........................................................
Hmmm. Lega sikit da & it killed my boredom too.Hahahaha. & now I miss my mak aji.
Jadi, sesape nk buat trip pegi Ipoh ke, Tanjung Rambutan ke, aku nak ikot!!!
Renung2 kan dan selamat beramal.
Ok. Da. Aku stop merepek da. Bai.

p/s : Kalau la dieorang boleh baca blog...kan best!kan?? & kalau dieorang boleh la bace kan, last skali aku akan letak ni;

Lots of love,

Sunday, October 26, 2008

aku mesti kejar dan bayar balik!

Fuh!
Relieve!
Lega!
Suwik!
Suma assignment da submit.

Tp
Risau juga,
Aku masih dalam proses denial.
Aku menidakkan kenyataan yg aku sungguh sucks dalam accounting.
Bagaimana ya aku bisa mengejar angka2 sebelum tiba hari muka?

p/s:aku benci subject account. Aku bukannya cekgu akaun wannabe pon..

Monday, October 6, 2008

Kita ingat, kita semakin membesar kita semakin kuat.

10 tahun dulu,

Kalau time dekat raya je, aku tension.
Kekadang lah.
Tension kerana terpaksa bersemuka dengan orang yang aku rasa aku tak kenal,
Padahal.
Mereka semua ada pertalian darah dengan aku.
Ya!
Aku serius.
Aku orangnya sangat pemalu untuk memulakan sesuatu perbualan begitu juga untuk menyambung perbualan sehingga salah seorang mak cik aku melabelkan aku kera sumbang kerana tidak pandai bergaul dengan orang.(oh. Aku percaya, dulu mungkin dia tidak berkesempatan melihat betapa gilanya aku bermain galah panjang, berimaginasi melampau, mandi sungai, panjat pokok etc etc bersama-sama rakan-rakan aku agaknya.)
Tapi emak ku sendiri tidak pernah kisah kerana aku bukan kera, aku, orang.
Walaupun mereka, anonymous dan juga bukan anonymous, membuat dosa mengutuk, mengumpat aku, (salah satu perkara yang sering menjadi isu adalah fizikal aku berlainan sedikit daripada adik beradikku. Tapi ramai jugak yg memuji aku persis ayahku dan aku bangga!)
Namun. Ketika itu,
aku sangat tak kisah.
Aku segera memaafkan mereka pabila menjelang hari raya.
Aku senang melupakannya.
Ya! Aku kuat ketika itu.


10 tahun kemudian, yakni sekarang.

Kalau time dekat raya je, aku seronok.
Selalunya lah.
Seronok kerana dapat pilih sendiri baju baru, kasut baru, buat kek pilihan sendiri.
Padahal.
Yang bayar belanjanya bukan aku, tapi emak aku.
Ok. Ok. Aku mengaku.
Aku tak boleh tipu sendiri.
Sebenarnya, aku rasa sejak aku tidak belajar subjek Kemahiran Hidup Bersepadu lagi, definisi raya untuk aku tidak semeriah dulu. Walau pun mak cik aku dah tak gelar aku kera sumbang lagi, ( Namun, sekarang ada lagi sorang mak cik aku cipta perumpaaan pabila aku dan cousin aku memulakan persidangan. Dia mengumpakan jika aku dan cousin aku keliling dunia ni pun, persidangan tu tak akan berhenti) ada 1 perkara mengejutkan aku sendiri telah berlaku iaitu
aku rasa aku sudah berubah, (bukan hanya Parti Pilihan Pow yang berubah)
Buktinya, pabila seorang yang bukan anonymous tetapi dulunya aku kirakan antara kawan baik aku (well, this creature is officially not my friend now) membuat dajal.
Aku tidak berjaya untuk tidak kisah.
Mungkin aku sudah memaafkan kedajalannya.
Namun,
Untuk melupakannya, tersangatlah susah.
Ya!
Kita ingat,
Kita semakin besar semakin kuat.


Tapi, thank God!
Tuhan itu Maha Kaya. Kini, aku ada mereka untuk lebih menceriakan hari raya selain keluarga ku sendiri.
Kerana sekarang juga aku semakin dapat memahami apa itu menghargai.

Wednesday, September 17, 2008

Lemon Tree. Saya wondered.

Sometimes I'm wonderin' myself why I should blog about my life even I think that is really unnecessary to share and to tell other people about my whole life whether its sucks or not. Sounds like anyone cares But they r not. Right?? Plus, it's feels like wearing nothing and running down at shopping mall *well, I'd never done that and never intend to do tht: just description* Really! I feel like humiliating myself. At some level la~Or I'd just being too paranoid. So, at 1 point I thought it was better for me to delete this blog and get through my life normally. But, sometimes I didn’t saw anything wrong if I keep this blogging thingy because it’s likes another escaping medium from the fact of the real world. Even a while! So, I’d cancelled my intention to destroy this blog.

Then, after I’d thought deeper and deeper*teringat lagu Yuna, deeper conversation, iklan sebentar bersama kit kat*, the way that I used to escape from the fact of the real world somehow really exhausted. Damn tired. It was like depends on drugs to forget the pain and feel the passion *also I'd never done this :P*. After a couple minutes, the passion is gone, fade away.
Then, I decided I should keep blogging and my intention is not to increase people to read my sometimes-really-talk-about-crap blog or the escapism's reason or whatever but it is a way to state what's on my mind so you can understand who am I. Well, I get it. Not everything need and meant to be understand.
hmm. i'm typing crap. move on!

Ok. Let start with this;
Do you know 1 of the precious thing we’ve in this world is a great friends?
“I knew”. *sambil rise my right hand*
Did I mentioned I’ll hang out with my BFF in the previous post?
Yup. I did.
I meant we did hang out, last Sunday.
We’d a great time even the time was sooo limited.
Both of us got ourselves the same sandals from Vincci and different sizes obviously. Well, we have a same taste. Just for fashion thingy ok.
It was fun. Enuf said.



p/s: Bey & Bina mebai wang gamar, Pow kau luk gambar 3 semuah dun. huhu.




more p/s: I'm also wondering myself why my mind can't stop tuning Burning Up by The Jonas Brothers? My heart's beats keep singing the song. omg. I hate it! Seriously.

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Berpuasa!

Saya rindu hometown saya,
kerana saya sebenarnya nk jalan-jalan cari makan di sana.
Saya rindu rumah saya,
kerana saya sebenarnya ingin main-main dengan anak buah saya.
Saya rindu kawan-kawan Savana saya,
kerana sebenarnya otak sayasudah tepu dengan story2 terbaru saya.
Saya rindu bilik saya,
Kerana sebenarnya kat sini tak boleh lompat2 atas katil saya.
Saya rindu mak saya,
Kerana saya rindu bubur pedas gila-gilanya.


Sekarang, baru saya boleh applied peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri” dalam kehidupan saya,

kerana sebenarnya saya sedang mencari bubur pedas di sini.
tapi...
Sumpah!
Sampai sekarang tidak ditemui.
Saya kecewa.

Mungkin esok patut cuba cendol pula.

Takdela saya kecewa lagi.

Mungkin la kot.
Ke saya sepatutnya mengurangkan pencarian bubur pedas , cendol etc tetapi meningkatkan pencarian pahala.
Kan??

Oh! Sekarangkan sudah nak masuk hari ketiga kita berpuasa!

Saturday, August 30, 2008

kenapa sangat serius.pak cik??



entri aku kali ini bukan hanya berkaitan dengan Joker, Batman dan mendiang Health Ledger semata-mata.

#cerita 1
jauh di dalam hatiku masih geram apabila mendapat tahu kembar-kembarku(walau pun kamu menyangkal kenyataan ini, saiz badan kamu membuktikannya) telah dibelanja oleh sepupuku untuk menonton movie The Dark Knight. aku telah cuba melupakannya dan berpura-pura seolah ia tidak pernah terjadi.....
tapi,


Joker,
Batman,
Health Ledger,
belanja,

aku gagal.
aku terlalu berimiginasi.
terlalu sukar untuk aku berpura-pura, aku masih dapat membayangkan keseronokan mereka bersama-sama, berjalan bergandingan melangkah masuk ke dalam panggung wayang.
Benar, hatiku sakit, pedih, hancur, lumat.

Beberapa hari yang lalu,
#cerita 2
jauh di dalam hatiku sangat gundah gulana mengenangkan asignment-asignment aku yang belum disiapkan namun due datenya sangatlah dekat dan mid term exam yang serupa tiada gape. Aku kuatkan juga hatiku dan menggagahkan diri tanpa mengiraukan penat lelah yang tidak seberapa untuk ke rumah kawanku dengan tujuan menyiapkan sisa-sisa kerja tersebut.
Akhirnya, siap jua. Gembira bukan kepalang hati aku, lantas dalam perjalanan pulang dari rumah kawanku itu, senyuman tidak pernah lekang dari bibir.

Untuk pengetahuan semua, jarak rumah aku dari rumah kawanku itu hanya beberapa meter sahaja cuma untuk pulang ke rumah aku perlu melalui sebuah pondok pengawal.
Aku meneruskan langkah-langkah kakiku dan aku bajet apabila tapak kakiku menyentuh jalan berdepan pondok pengawal itu aku akan berpaling ke arah 2 orang pengawal yang gagah berada di situ dan kukira dia sebaya ibu bapaku cuma sedikit muda barangkali tapi aku yakin aku boleh menggelar mereka berdua sebagai 'Pak Cik'.

Ingat ya,

Hati yang gembira,
Senyuman yang senantiasa
.

Seraya, aku memalingkan kepalaku ke arah mereka berdua, salah seorang daripada mereka telah mengeluarkan perkataan ini dan aku yakin khas untuk aku;

"Hey!!!! kenapa senyum-senyum???!!!!!!!!!!"
Disusuli dengan pandangan temannya yang berada di sebelahnya yakni Pak Cik yang lagi sorang.


Sejujurnya, apabila compared cerita 1 dan cerita 2, perasaan aku hanya geram pada cerita 1 kerana aku missed untuk melihat pertanyaan ini diungkapkan oleh Joker yang ku dengar cerita dari rakanku sangat psiko;

"Kenapa sangat serius???"

dan juga aku termissed dan sepatutnya aku lontarkan pertanyaan tersebut bagi menjawab persoalan pak cik-pak cik dalam cerita 2 itu.
Aku bukan pengecut cuma ada sisa hormat.
Cuma aku risau kerana 1 hari lagi negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-51 dan cuma 2 hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.


Wednesday, July 30, 2008

dear you,

Dear you,

I’m begging you.
Don’t do this to me again.
Never.
Its hurt, burnt and I’m sick of it.
I’ve thought I’ve treated you well.
But, it wasn't enough to you.
Could you be honest towards me and tell me what you really want.
Well, I’ve tried my best.
WTH..
How could you do this to me.
Don’t you remember your promises.
Don’t you.
You promised me to close yourself a little while,
just a little bit of time.
Are you clear now??
I raelly hope so..
Wait, are you still staring at tht pc.
Oh my dear eyes,
Please, stop it.
Its damn tiring.





Pssst: OMG, ak ngantoooooooook tp x leh tido.arghhhhhh.tensionnye.bongekkk.







Friday, July 18, 2008

Yepi! Finally~

After a lot of sacrifices *was it? HAHAHAHA*
Plus, suddenly I'd became so rajin,
Finally I changed my blog's layout,
Huh! Now I've headache, that's the effect after stared at my pc all day long! +_+
Forget the pain!
So,
what do you think??
Nice? or its so knk2 ribena?
Huhu.
Ok, if u noticed, on the top of this blog, there's unnecessary colourful birds keeps on annoying me!
I had tried over and over again to remove it but I can't. Degil betol. *if tht irritating birds doesn't exist anymore that means my mission is accomplish!*
Anybody can help me please??

Sunday, April 27, 2008

lovely complex.

oOh,
I wake up late today, well, again! until my housemate knocked on my door.
bru celik mate. Isk.
exam mode.
Unfortunately, i'm not in the mood. my head keep yelling "bak mulik"* translated from melanau which means "I wanna go home" *. Like 1000 times maybe. Pathetic rite?? I know & I dun care.
Plus, my lil sis came from s'wak yesterday. Rite now she's stayin' with my sis.
I can't wait 2 see her tho. Well, even we're sibling but we met up + hang out together like twice a year!! I think a lot of family out there did tht la kan. Sometimes tht kind of sacrifies strictly needed 2 persuade our dreams. huhu. Whateva!
BTW, rite now,
I'm finishing the episode of really sweeettt anime title's lovely complex. FYI, I'm not tht anime type la before but dis 1 is really different I think. Luckily, my anime-freak-cousin had recommended this.
Thanx lydia! I thought ppl had watched this maybe. But I still wanna refresh Ur mind!
hehe.


Lovely Complex is a love story between a boy and a girl. The girl, Risa Koizumi, is 172 cm tall—much taller than the average Japanese girl. The boy, Atsushi Otani, is 156 cm—way below the height of the average Japanese boy. Because of this, they are called the "All Hanshin Kyojin" after a popular comedy duo that has a similar height difference. During summer school, a very tall student (from another class) shows up and Risa immediately falls for him, as she has had bad luck with boys in the past because she is tall. There is a girl that Atsushi likes as well, so Risa and Atsushi decide to put aside their differences and help each other get their love interests. But as they get to know each other better, Risa's feelings for Atsushi begin to blossom, and her love life gets complicated from there.

psst: life is complex, is it??