10 tahun dulu,
Kalau time dekat raya je, aku tension.
Kekadang lah.
Tension kerana terpaksa bersemuka dengan orang yang aku rasa aku tak kenal,
Padahal.
Mereka semua ada pertalian darah dengan aku.
Ya!
Aku serius.
Aku orangnya sangat pemalu untuk memulakan sesuatu perbualan begitu juga untuk menyambung perbualan sehingga salah seorang mak cik aku melabelkan aku kera sumbang kerana tidak pandai bergaul dengan orang.(oh. Aku percaya, dulu mungkin dia tidak berkesempatan melihat betapa gilanya aku bermain galah panjang, berimaginasi melampau, mandi sungai, panjat pokok etc etc bersama-sama rakan-rakan aku agaknya.)
Tapi emak ku sendiri tidak pernah kisah kerana aku bukan kera, aku, orang.
Walaupun mereka, anonymous dan juga bukan anonymous, membuat dosa mengutuk, mengumpat aku, (salah satu perkara yang sering menjadi isu adalah fizikal aku berlainan sedikit daripada adik beradikku. Tapi ramai jugak yg memuji aku persis ayahku dan aku bangga!)
Namun. Ketika itu,
aku sangat tak kisah.
Aku segera memaafkan mereka pabila menjelang hari raya.
Aku senang melupakannya.
Ya! Aku kuat ketika itu.
10 tahun kemudian, yakni sekarang.
Kalau time dekat raya je, aku seronok.
Selalunya lah.
Seronok kerana dapat pilih sendiri baju baru, kasut baru, buat kek pilihan sendiri.
Padahal.
Yang bayar belanjanya bukan aku, tapi emak aku.
Ok. Ok. Aku mengaku.
Aku tak boleh tipu sendiri.
Sebenarnya, aku rasa sejak aku tidak belajar subjek Kemahiran Hidup Bersepadu lagi, definisi raya untuk aku tidak semeriah dulu. Walau pun mak cik aku dah tak gelar aku kera sumbang lagi, ( Namun, sekarang ada lagi sorang mak cik aku cipta perumpaaan pabila aku dan cousin aku memulakan persidangan. Dia mengumpakan jika aku dan cousin aku keliling dunia ni pun, persidangan tu tak akan berhenti) ada 1 perkara mengejutkan aku sendiri telah berlaku iaitu
aku rasa aku sudah berubah, (bukan hanya Parti Pilihan Pow yang berubah)
Buktinya, pabila seorang yang bukan anonymous tetapi dulunya aku kirakan antara kawan baik aku (well, this creature is officially not my friend now) membuat dajal.
Aku tidak berjaya untuk tidak kisah.
Mungkin aku sudah memaafkan kedajalannya.
Namun,
Untuk melupakannya, tersangatlah susah.
Ya!
Kita ingat,
Kita semakin besar semakin kuat.
Tapi, thank God!
Tuhan itu Maha Kaya. Kini, aku ada mereka untuk lebih menceriakan hari raya selain keluarga ku sendiri.
Kerana sekarang juga aku semakin dapat memahami apa itu menghargai.
0 comments:
Post a Comment