Tuesday, January 13, 2009

Kita boleh selamatkan dunia walaupun hanya makan roti canai. Kita jugak masih cool lahh~ walaupun hanya minum skyjuice.


Agak-agak kau 1st time minum coca-cola bila?? darjah 1? Sebelum kau masuk tadika?? Ke masa kau belum tahu berdiri tegak lagi kau dah minum dah sbab masa tu mak kau dukung kau sambil minum coca-cola yg dlm botol kaca tu dan infact time tu kau tak pandai bercakap pun lagi, tp even kau tak pandai cakap lagi kau dah berselera nak merasa air berkarbonat brand coca cola & kau ada idea nak mengumpan mak kau jadi ko nangis kuat-kuat. Demi menutup mulut kau yg bising dan mengelakkan hingus kau bertambah panjang, mak kau sumbat la coca-cola tu dlm mulut kau. Kau pun berjaya merasa macam mana coca-cola tu sebenarnya. So, start dari hari tu, coca-cola adalah pemanis hidup kau. Kau balik sekolah, kau singgah kedai kau minum coca-cola. Kau jalan ngan member, tekak kau haus kau pergi ‘mesin push-push’ kau masukkan coin kau push air coca-cola. Kau bukak puasa ko minum coca-cola. Kau lepak ngan kawan2 ko makan peanuts sambil minum coca-cola. Hidup ko CAMNI lah dari dulu.


.......................................................................................

Beberapa hari lepas, aku berjanji aku tidak akan minum air berkarbonat dari brand coca-cola setelah membaca satu wawancara Tun M dalam satu paper. Aku quote apa yg dia cakap;

“Ia sukar dilakukan kerana ada barang yang amat diperlukan tapi kalau hendak tentukan senarai tertentu.........Ia satu tindakan yang kecil tetapi kalau seluruh dunia Islam tidak minum Coca-Cola, ia memberi impak yang besar. Umat Islam tidak akan mati jika tidak minum Coca-Cola”

Aku rasa prestasi aku agak mengagumkan sebab;

Hari pertama: Aku round beberapa pusingan dkt Cowboy town, dengan peluh yang macam air terjun. Tekak rasa haus gila. Aku singgah kedai dan selamat!! sebab aku pilih mineral water.

Hari ke-2: Aku pegi kedai makan bawah rumah aku instead aku pergi KFC dan aku tahu kalau aku melangkah ke situ Coca-cola la pujaan hatiku.

Hari yg seterusnya: NO coke, No Coke, Soya bean, No Coke blablabla masih lagi idup...

dan

Sabtu lepas aku g keluar ngan Kay & Mija, mission aku untuk berkata tidak pada Coca-cola masih bertahan. Namun setelah beberapa round sampai kaki ni naik kejang sebab mencarik t-shirt puteh yg muat utk aku, perut jadi lapar. Aku tak leh tahan & sambil membawa otak aku yg sedikit bengong aku boleh lagi berfikir macamni; “aku g KFC, aku makan ayam, minum air strawberry je”, jadi kitaorg pun decided nak pegi jugak lunch kat KFC.

Aku ingat kepura-puraan aku setakat tu je, semalam aku lepak ngan kakak aku dan aku telah membuat keputusan yg aku patut lepak makan-makan dekat Mcdonald sambil menikmati coca-cola yg kita sedia maklum boleh membantu kepada ketidakperikemanusiaan seperti ini berlaku.




















































gambar diambik dari sini

Dan sekarang aku rasa bersalah gila pada sendiri, janji tinggal janji. Betol la Dr. Kadir*lecturer pedagody aku* cakap "manusia zaman sekarang memang lebih pentingkan diri sendiri".

p/s: Supper malam tadi aku makan roti canai telur + roti canai biasa 1 ngan horlick ais.

0 comments: