Sunday, November 9, 2008

Pemikiran Strategik dan Inovatif

Keunikan otak:

  • Otak adalah organ pertama dijadikan apabila janin terjadi
  • Pembinaan otak bermula dari hari keenam dalam kandungan ibu
  • Otak dianggap the unique competencies of the human-kehebatan manusia yang unik
  • 2% daripada berat badan

*********************

Pagi tadi, tengah-tengah aku nyenyak tido. Tetiba aku punya telefon bunyik, aku dapat teks daripada BFF aku yg satu ni, B.


“Weh, aku nak mintak number B²!”

“Huhhhh??” .Aku berkata dlm hati.

Bukan apa aku berfikiran begitu pada mulanya, cuma pelik. B & B² ni kalau tidak silap aku sering bergosip. Menerusi YM. Lagi pun, aku rasa pernah aku suruh B² ni berteks ngan B pasal telefon aku tak boleh call out. Takkan nak ngorat kot. Ke?

Namun, disebabkan motif utama B mintak num B² ni adalah none of my business, dengan rasa penuh annoying aku foward la jugak number B² sekali dengan ayat ni;

“Parab! Mana la ko letak number die selama ni??”

Kemudian aku sambung tido.

1 minit kemudian atau mungkin kurang, telefon aku berbunyi lagi. Aku dapat teks dari B lagi;

“Hai, kau tahu tak maksud sewel & bukang????????*maaf aku tak tahu lah word 'bukang' dalam BM, tp yg pasti agk carut jugak la*, aku mintak number B²!!!!!!!!!!!! , yang kau hantar number aku sendiri tu kenapa??????? Aku tahu laaaa number aku sendiri”.

p/s: Weh, tak-lama-lagi-jadi-birthday-boy! Aku bukannya sewel & bukang. Cuma keunikan otak aku musim exam ni. Please forgive my unique competencies........ :)

Saturday, November 8, 2008

Boredom




"Chocolate + Milk = Brilliant"


P/S: Ohhh~ baru aku tahu.

Friday, November 7, 2008

Agak2 Vampire wujud tak??

Bila last skali aku tgk movie vampire huh??
*Spt biasa, aku yg tanye, aku sendiri yg jawab* Raya lepas?? Eh, tu bkn cite vampire, tu cite pasal zombie. Zombie melayu. Maksud aku Zombie Kg. Pisang la tu.

Sekarang ni aku cam mengidam plak nak tgk movie vampire, ni mesti pembawakan exam ni. Kan??
Hmmm..
Tp aku berhajat besar nak tgk cita Vampire ni,

Agak2 best tak ah?? Aku tak idea lansung sbab aku tak pernah baca & tgk pun kewujudan siri buku ni.
Hmm. Takut pulak terulang tragedi Max Payne hari tu.
Tp alih2 aku rasa cam best kot kan, sebab Paramore yg nyanyi soundtrack movie ni.

Jadi, jom tgk wayang!

P/s; Aku jatuh cinta ngan lagu Decode la & aku jugak berhajat nk tgk cita Muallaf nanti2. Cam best je.

Wednesday, November 5, 2008

Trip yg terpahat diingatan & it's Tanjung Rambutan baby!

Aku rasa entri aku kali ni lebih feel kalau baca sambil perdengarkan lagu Say (All I need) by One Republic. Lagu tema sinetron Hikmah pun ok jugak. Kalau tak nak pon tak pe. Tak mati pon.

Hmm...Tak tahu la kenapa aku tetiba nak post entri ini.

Tp aku nak post jugak. Berkongsi pengalaman pertama kali aku pergi rumah kebajikan.*aku kejakunan*. Bak kata mat saleh sharing is caring.

Ok. Lebih baik aku jujur saja. Senang cerita. Yang sebenarnya....

Aku rasa bersalah.

Pasal rasa yg tak best ni la aku tiba gatal tgn nk post 2nd entry hari ni. Seriously, aku tak pernah rasa bersalah macam ni, sgt lain tho yg ni. Selain rasa bersalah ngan diri sendiri pasal benda2 bodoh yg selalu aku buat, aku jugak selalu rasa bersalah ngan mak aku pasal result exam2 aku etc, rasa bersalah ngan BFF aku konon janji nak buat trip pegi Sabah dan banyak lagi la~ Tapi utk kes rasa bersalah aku yg ni completely lain. Aku macam diseru2. *Feel2 drama seram melayu pulak aku skrang ni*. Rasa bersalah yg aku maksudkan adalah rasa bersalah pada sekumpulan orang. Orang yang cool. Sangat menghantui kehidupan aku la rasa bersalah ni kesimpulannya. Mungkin sebab org2 yg terlibat selalu ingat aku kot. *statement perasan sekali lagi* . Hmmmm....

Dipendekkan cerita macam ni la;

Masa aku ikot trip pegi Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan hari tu*utk kerja sekolah sebnrnya*, aku telah buat perjanjian dengan cool a.k.a gorgeous people yakni penghuni2 rumah tu la. yg kiteorang akan dtg lagi kesitu melawat & lepak2 ngan dieorang tetapi sehingga saat aku type ni nak jejakkan kaki kat Ipoh pun tak pernah lagi since yg last sekali aku pegi Ipoh masa trip tu jela. Pastu aku janji nak hantar gambar yg aku tangkap sama2 ngan dieorg lepas aku siap cuci dan obviously aku tak hantar lagi pun. Even cuci gambar2 tu pun belom lagi.
W/pun ak bkn melayu tp aku punya janji menunjukkan yg sebaliknya.
Hmm.. Bagi mengurangkan sedikit rasa bersalah yg aku rasa berat macam batu yg sgttt besar atas kepala aku ni apa kata aku upload la gambar2 ni sebagai tatapan mata semua org. Kalau sudi la~;

Happy faces. Rindu gila dieorg.




Deeper conversation.



Say peace...


Kami suka peace. Kamu??



Aku panggil uncle ni Uncle Super Mario sebab muka dia sebijik mcm Super Mario. Health freak Super mario. Siap bagi pesanan penaja masa ni ”eat more vege, fruits bla bla” & he brought along bananas for us. So sweet.

Beside the happy part I experienced there;










Pernah tak terfikir yg kita akan habiskan sisa-sisa hidup kita kt tmpat macam ni?? Dan Pernah tak terfikir nak hantar orang2 yang kita sayang ke tempat macam ni?? Tepuk dada tanya selera.




Aku bet sign yang dia tunjuk tak sama yg ada dalam hati dia.


Dah. Malas nak uplod tp sebelum line internet ni terputus lagi, I’ll tell u what, kebanyakan dieorang kat sini dihantar oleh anak-anak dieorg yg ada karier yg bagus cam lawyer, doctor etc. Nauzubillah. Even V.I.P pon ada. *kalau aku mention nama ni mesti semua org kenal, tp I'm not gonna tell u* Seriously!!!! Aku tak ada hak so aku tak tahu nak komen apa. Plus, we shudn’t judge others suka ati. Kan?Apa yg aku boleh cakap pengalaman ni telah tukar aku punya perspektif macammana melihat dunia. Totally.
Erkhhh. >.<
Kalau aku terangkan pon macamla org lain paham. Tak nak pun kan?? Kan????
...........................................................
Hmmm. Lega sikit da & it killed my boredom too.Hahahaha. & now I miss my mak aji.
Jadi, sesape nk buat trip pegi Ipoh ke, Tanjung Rambutan ke, aku nak ikot!!!
Renung2 kan dan selamat beramal.
Ok. Da. Aku stop merepek da. Bai.

p/s : Kalau la dieorang boleh baca blog...kan best!kan?? & kalau dieorang boleh la bace kan, last skali aku akan letak ni;

Lots of love,

Pengakuan/Ramble sempena peperiksaan akhir.



“I rather being paranoid while breakin’ the silence of the lamb instead of being psycho as the mother-effect of reversing that edu. psychology.”

*sigh*

Tuesday, November 4, 2008

my super energetic ma'am

Today is someone's birthday.

Someone who's special & no one can replace her place in my heart. Ever. Never.

And It’s my mother’s 56th birthday.This is my favaurite angle of my mum because it's shows her enthusiasm & coolest side while doin’ something. (sempat~she's sewing my bag or something..i can't recall)

“Happy Birthday, Mak!
Love u muchly!”


Join me to wish her a great year ahead..

Monday, November 3, 2008

Pathetic Cinderella! Am I???


Aku rasa aku cinderella la skrang. *Statement sungguh perasan.*
>.<
Hmmm.
Bukan.Bukan. Bukan.
Bukan sebab aku jumpa putera negara mana ke apa.
Sebab aku ada naik kereta labu pun bukan.
Ke sebab esok aku exam??? Mungkin.
Kalau aku ada mak tiri yg mendera aku jauh sekali.

Ok. Cerita dia macam ni,


Hari tu, aku g sogo. Dalam hati aku nak beli kasut. Hmmm. Kasut! Kalo sape kenal btol aku, mesti tau aku ni mcm allergic shopping kasut. Sejak aku kecik lagi. Tau tak sebab apa?? Sebab kaki aku besar. *wah!soklan sendiri jawab sendiri*. Saiz kaki aku macam tak layak je dengan umur aku. Masa kecik2 dulu la. Sekarang aku rasa saiz kaki aku ok kot. Sesuai ngan umur aku sekarang. Besar! Jadi saiz kaki pun besar. HUHUHU.

Bebalik pada topic,

Aku perlukan kasut sekarang. Sebab aku tak de kasut yg sesuai yg aku boleh bawak masuk dalam dewan peperiksaan. Jadi, aku nekad utk beli lah satu kasut ni. Aku pilih kasut ni sebab kasut ni comel. Lagi pun aku ingat pesanan kawan aku ni.

“Tips membeli barang utk diri sendiri; Pilih lah yg barang comel2. Atleast, org akan puji barang comel sbab diri sendiri tak comel.”

Jadi, tanpa melengahkan masa, aku terus ambik kasut tu. Syok betol aku! Tak terkata. Kasut comel kan, muat pulak tu.

Dipendekkan cerita, hari ni aku balik semula ke cowboy town. Even aku tercampak kat tempat ni, aku masih rasa seronok & tak tension macam selalu. Hmm...ada kasut baru la katakan.

Tapi, beberapa jam tadi, tgh2 aku excited nak bukak box kasut tu, aku tengok.



Hmm. Yup. Ada sebelah je. Musykil. Macam mane aku nak gune kasut sebelah je??? Damn.

Jadi, kesimpulannya, hal ni la yg menyebabkan aku rasa aku cam Cinderella sekarang.
Hmmm. Menunggu putera or whoever yg nak bawak balik lagi sebelah kasut aku.
Logik tak??? Ke tak lansung???

p/s: aku rasa aku ttinggal kasut ni dalam boot keta abg @ kakak aku. Huahauahuahua. Malas nya aku nak pegi Sin City weekends ni. Exam. Kasut. Uwaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Ok. Ok. Drpd aku risau pasal kasut ni, better aku risau apayg aku nak makan lunch pasni. Bai.